Kemaskini terakhir : 12/03/2019 2:41     

Penilaian KWSP Ke Atas DUKE Tertakluk Kepada Usaha Wajar

Berikutan laporan berita berkenaan pembelian 40 peratus kepentingan dalam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi) yang memegang konsesi Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE) sebanyak RM1.13 bilion dari Ekovest Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerangkan bahawa pembelian ini adalah tertakluk kepada lebuhraya ini mencapai keuntungan yang sama seperti yang kami jangkakan melalui pelaburan lebuhraya dan infrastruktur kami yang lain. Penilaian 40 peratus tersebut mempertimbangkan perkara berikut:

 

  • Sambungan kepada konsesi tol DUKE 1 dari 34 tahun hingga 54 tahun dengan pilihan untuk tempoh lanjutan 10 tahun;
  • Penilaian ke atas DUKE Fasa 2, yang kini masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada pertengahan 2017.

 

KWSP akan melaksanakan usaha wajar yang melibatkan kajian bebas lalulintas lebuhraya serta penilaian kewangan dan perundangan bagi menjamin proses penilaian tersebut dilakukan secara adil dan sewajarnya. Sebagaimana pembelian aset lebuhraya yang dilakukan KWSP sebelum ini, jangkaan pulangan pelaburan dalam DUKE adalah selaras dengan pelaburan dalam lebuhraya yang lain.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja

Tarikh: 23 September 2016