Kemaskini terakhir : 13/03/2019 4:30     

KWSP Ingatkan Ahli Mengenai Penipuan SMS

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang awam dan ahlinya mengenai penipuan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya daripada sebuah agensi perkhidmatan kredit menggunakan nama KWSP. KWSP difahamkan mesej ringkas tersebut telah diedarkan kepada pengguna telefon bimbit yang kononnya AEON sedang bekerjasama dengan KWSP untuk mendapatkan maklumat majikan untuk setiap pelanggannya.

 

KWSP menekankan mesej ini adalah tidak benar dan KWSP tidak bekerjasama dengan sebarang individu atau syarikat mengenai perkara ini. KWSP tidak akan mendedahkan maklumat ahli dan majikan kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial kerana maklumat tersebut adalah sulit.

 

Ahli yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 (8 pagi hingga 6 petang, dari Isnin hingga Jumaat) atau menghantar pertanyaan secara online melalui myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my.