Kemaskini terakhir : 11/03/2019 12:07     

Kebakaran Di Cawangan KWSP Petaling Jaya

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa cawangan dan pejabat Petaling Jaya telah ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak berikutan kejadian kebakaran di bangunan tersebut.

 

Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar.  Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, pengungsian bangunan telah dilakukan dan pejabat dan perkhidmatan kaunter ditutup.

 

Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas.  Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula.

 

Ahli dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut.  Selain itu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 13 Februari 2018