Pakar Sedunia Bincang Penuaan Aktif Di Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2016 Anjuran KWSP
KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2016: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menganjurkan Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2016 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, bagi membincangkan isu penuaan sihat dan pembangunan komuniti yang mesra umur serta menggalakkan penglibatan generasi tua dalam aspek ekonomi dan sosial.
Persidangan dua hari ini, bertemakan Penuaan Aktif: Hayat Lebih Panjang dan Hidup Sejahtera (Active Ageing: Live Long and Prosper), dianjurkan bersama State Street, antara organisasi perkhidmatan kewangan untuk pelabur institusi terkemuka, dan The Star selaku rakan media rasmi.
Persidangan ini, yang merupakan acara penting anjuran KWSP, menggabungkan pakar-pakar dan pemimpin industri dari serata dunia. Untuk tahun ini, penceramah dari Denmark, Kanada, Jepun, Hong Kong, Singapura dan Malaysia akan membincangkan bagaimana peluang kesihatan, penglibatan dan keselamatan dapat dioptimumkan bagi meningkatkan kualiti hidup.
Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman semasa merasmikan acara berkata, “Menjadi aktif merujuk kepada penglibatan dalam hal-hal sosial, ekonomi, budaya, komuniti dan spiritual secara berterusan. Golongan warga tua masih boleh aktif menyumbang kepada keluarga, rakan, komuniti dan negara walaupun telah bersara.
“Purata warga tua dalam masyarakat Malaysia sedang meningkat secara mendadak dan sebagai sebuah dana persaraan, KWSP sedang berkerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mencari kaedah pembangunan polisi dan undang-undang yang merangkumi aspek umur persaraan minimum, gaji minimum dan polisi pekerjaan.”
Tan Sri Samsudin berkata kerjasama dengan State Street memberikan KWSP peluang untuk membina rangkaian dan menyelami kepakaran mereka dalam pelbagai isu melibatkan keselamatan sosial dari perspektif global. Beliau berkata penuaan aktif dan sihat merupakan suatu cabaran masyarakat yang utama dan melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak boleh bekerjasama mencapai wawasan yang sama dalam menghargai golongan yang lebih tua dan sumbangan mereka terhadap masyarakat.
Agenda tambahan ialah Persidangan Meja Bulat bersama Media di mana penceramah terpilih membincangkan dan berkongsimaklumat dan pandangan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap isu terkini berkaitan keselamatan sosial. Satu kaji selidik untuk mendapatkan pandangan peserta juga dijalankan semasa persidangan tersebut.
Barisan penceramah di persidangan tahun ini adalah:
1. |
Mr Meik Wiking Chief Executive Officer, Asia Pacific State Street Bank and Trust |
10. |
Mr Harry Smorenberg Chief Executive Officer Smorenberg Corporate Consultancy & Founder, World Pension Sumit |
2. |
Mr Hasham Piperdy Chief Executive Officer Mercer Malaysia |
11. |
Ms Cheryl Yeoh Former Chief Executive Officer The Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) |
3. |
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood Under Secretary-General for Partnerships International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) |
12. |
Professor Yukio Honda Professor, Robot Actuator Laboratory Director, Robotics and Design Center Osaka Institute of Technology, Japan |
4. |
Datuk Marina Chin Chef de Mission (CDM) 2017 SEA Games, Malaysia |
13. |
Professor Nadia Magnenat Thalmann Director of Institute of Media Innovation Nanyang Technological University, Singapore |
5. |
Dato’ Mahadev Shankar Advisor Malaysian Healthy Ageing Society |
14. |
Mr Gil Penalosa Founder and Chair of the Board 8 80 Cities Canada |
6. |
Jessica Chew Cheng Lian Assistant Governor Central Bank of Malaysia |
15. |
Ms Carol Yip Chief Executive Officer Aged Care Group, Malaysia |
7. |
Mr Hon Cheung Regional Director Official Institutions Group, Asia Pacific State Street Global Advisors |
16. |
Professor Hisakazu Kato School of Political Science and Economics Meiji University, Japan |
8. |
Professor Nathan Vytialingam Advisor Malaysian Healthy Ageing Society |
17. |
Ms Elizabeth Chia General manager, Singapore Head of Global Services, Southeast Asia State Street |
9. |
Ravinder Singh General Manager Life & Health South & South East Asia Hannover Re Malaysian Branch |
|
|
Kertas yang dibentangkan di persidangan ini termasuk Demographic and Social Changes: Impact Towards Retirement; Unleashing the New Retirement Paradigm; Reinventing Work and Retirement; Empowering Ageing with Technology; Adaptation of Technology for Independent Living; European Experience: Establishment of an Age-Friendly Community; Japanese Experience: Revitalisation of the Declining Population.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana persaraan terulung Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu ahli mencapai simpanan yang cukup untuk persaraan yang selesa. Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik serta misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. KWSP telah berkembang daripada sebuah organisasi berpaksikan transaksi kepada sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan. KWSP berpandukan rangka kerja tadbir urus yang mantap dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara dan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan melabur di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan di peringkat negara. |