Kemaskini terakhir : 11/03/2019 5:04     

Pakar Sedunia Bincang Kerjaya Masa Depan Di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa 2017 Anjuran KWSP

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2017: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menganjurkan Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa 2017 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, bagi membincangkan bagaimana peralihan lanskap tempat kerja dan kerjaya masa depan dapat mempengaruhi prospek serta persekitaran pekerjaan pada masa akan datang. 

 

Persidangan yang berlangsung pada 2-3 Ogos 2017 ini, bertemakan “Kerjaya Masa Depan: Bersedia Untuk Esok Hari Ini”.  Persidangan ini dianjurkan bersama syarikat pelaburan antarabangsa, BNY Mellon yang telah aktif di rantau Asia Pasifik selama lebih 100 tahun.  BNY Mellon juga merupakan salah satu institusi kewangan pertama Amerika Syarikat yang menjalankan pelaburan di rantau ini.

 

Persidangan ini menggabungkan pakar-pakar dan pemimpin industri dari serata dunia selaras dengan usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu yang memberi impak ke atas masyarakat umum sedunia.  Untuk tahun ini, persidangan ini mengetengahkan barisan penceramah dari Amerika Syarikat, Australia, Switzerland, Jepun dan Malaysia.

 

Semasa perasmian persidangan, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Konsep kerjaya dan persaraan pada masa depan akan berubah selaras dengan pembangunan teknologi yang mendadak.  Teknologi baharu, analisa data dan rangkaian sosial akan memberi impak mendalam terhadap cara kita berkomunikasi, bekerjasama, hidup dan bekerja.

 

“Kebanyakan peranan dan tugas pada masa kini mungkin tidak akan wujud lagi di masa hadapan dan bakal digantikan dengan peranan dan jawatan yang baharu dan berbeza.  Oleh itu, amat penting untuk kita terus membincangkan isu berkaitan “Tata Kerja Baru” yang sukar dan mencabar ini.”

 

Tan Sri Samsudin berkata kerjasama dengan BNY Mellon ini menyediakan peluang kepada KWSP untuk membina rangkaian dan menyelami kepakaran mereka dalam memacu pertumbuhan dan kemakmuran global, di samping meningkatkan mutu kehidupan melalui pelaburan dan pengurusan kewangan. Ini sejajar dengan mandat KWSP untuk memberikan pulangan terbaik ke atas simpanan persaraan ahli kami melalui strategi pelaburan berhemah. 

 

Pengerusi Asia Pasifik BNY Mellon David Cruikshank, yang turut berucap pada persidangan tersebut berkata BNY Mellon sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi dan memimpin jalan ke arah pemikiran baru. “Bagi kebanyakan syarikat, inovasi seringkali dikaitkan dengan teknologi. Kita perlu kekal relevan dalam persekitaran pekerjaan yang sentiasa berubah dan mengambil kesempatan terhadap gangguan perubahan untuk membuka lembaran baru ke arah pembangunan masa depan.

 

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan KWSP pada tahun ini dan berkongsi pandangan dengan peserta persidangan bagi menekankan mesej bahawa mengurus perubahan semasa adalah amat perlu dalam persediaan masa depan.”

 

Barisan penceramah yang berkongsi pengetahuan dan pendapat mengenai isu semasa berkaitan keselamatan sosial dan masa depan kerjaya dalam persidangan tersebut adalah seperti berikut:

1.

Datuk Shahril Ridza Ridzuan

Chief Executive Officer

Employees Provident Fund, Malaysia

8.

Mr Harry Smorenberg

Chief Executive Officer

Smorenberg Corporate Consultancy  Founder & Chairman, WorldPensionSummit

2.

Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias

Deputy Chief Executive Officer (Strategy)

Employees Provident Fund, Malaysia

9.

Professor Naohiro Ogawa

Chairholder

Old Age Financial Protection Chair

University of Malaya

3.

Hans Brown

Head of Client Technology Solutions, Asia Pacific, BNY Mellon

10.

Mike Walsh

Chief Executive Officer

Tomorrow

4.

Greg Roath

Head of Global Client Management, Asia Pacific, BNY Mellon

11.

Magnus Lindkvist

Futurologist

5.

Karen Q. Wong

Managing Director

Head of Equity Portfolio Management

Mellon Capital

12.

Bernard Lee

Senior Manager of Seller Management

Strategic Seller Business Division

11street.my

6.

Teddy Cho

Global Head of Technology, Markets

BNY Mellon

13.

Ravin Jesuthasan

Managing Director

Willis Towers Watson

7.

Elain Lockman

Co-Founder and Director

Ata Plus

14.

Jean Marc

Global Head of Enterprise Solutions

Korn Ferry Hay Group

15.

Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Mydin

Managing Director

Mydin Mohamed Holdings Bhd

18.

Frank Koo

Head of Southeast Asia, Korea and Japan

Talent Solutions and Learning Solutions

LinkedIn

16.

 

Dato’ Yasmin Mahmood

Chief Executive Officer

Malaysia Digital Economy Corporation

 

 

19.

Lindsay Wright

Head of Asia Pacific Distribution

Co-Head, BNY Mellon Investment Management, Asia Pacific

BNY Mellon

17.

Johan Mahmood Merican

Deputy Director-General (Human Capital)

Economic Planning Unit

 

 

 

 

 

Antara kertas yang dibentangkan pada persidangan tersebut adalah:

·        Breaking the Traditional Codes: World Without Boundaries;

·        Competing in the 21st Century;

·        Definition of Work in the Next Decade;

·        Transforming Scarcity to Abundance: Antidote to Pessimism of the Future; Equity Crowdsourcing;

·        Opportunities Arising from the New Work Order; and

·        Global Response to Global Challenges.

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana persaraan terulung Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu ahli mencapai simpanan yang cukup untuk persaraan yang selesa.  Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik serta misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. KWSP telah berkembang daripada sebuah organisasi berpaksikan transaksi kepada sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan. KWSP berpandukan rangka kerja tadbir urus yang mantap dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara dan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan melabur di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan di peringkat negara.

 

Mengenai BNY Mellon

BNY Mellon merupakan syarikat pelaburan antarabangsa yang komited dalam membantu pelanggan menguruskan aset kewangan sepanjang kitaran hayat pelaburan. BNY Mellon menyediakan perkhidmatan pengurusan pelaburan di 35 negara dan lebih daripada 100 pasaran merangkumi institusi, korporat dan pelabur individu. Setakat 30 Jun 2017, BNY Mellon mempunyai $31.1 trilion aset di bawah pengawasan dan/atau pentadbiran, serta $1.8 trilion aset di bawah pengurusan. BNY Mellon juga boleh bertindak sebagai satu pusat perhubungan untuk pelanggan yang ingin mewujudkan, berdagang, memegang, mengurus, mengedar atau menyusun semula pelaburan mereka. BNY Mellon merupakan jenama korporat The Bank of New York Mellon Corporation (NYSE: BK). Maklumat tambahan boleh didapati di www.bnymellon.com. Ikuti kami di Twitter @BNYMellon atau kunjungi ruangan berita kami di www.bnymellon.com/newsroom untuk mendapatkan berita korporat terkini