Kemaskini terakhir : 10/06/2019 5:50     

Holding Statement Berkenaan Pemilikan Saham Dalam Berjaya Sports Toto

KWSP ingin menegaskan bahawa kami tidak memiliki apa-apa saham dalam Berjaya Sports Toto. KWSP tidak menjalankan apa-apa urusan pelaburan dengan perniagaan yang terlibat dengan perjudian, hiburan dewasa dan alkohol/arak atau membuat, mengedar dan memasarkan senjata api atau peralatan ketenteraan. Ini selaras dengan amalan pelaburan beretika kami, iaitu KWSP akan membuat penapisan perniagaan terperinci untuk kesemua kelas aset pelaburan. Kami meminta semua ahli kami membuat pengesahan sekiranya menerima sebarang mesej dari sumber yang meragukan menerusi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (03-8922 6000) atau melayari laman web www.kwsp.gov.my.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 18 Januari 2016