Kemaskini terakhir : 20/12/2022 8:48     

KWSP BUKA SEMULA CAWANGAN DI JERTEH, TERENGGANU DAN KUALA KRAI, KELANTAN

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2022: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuka semula cawangannya di Jerteh, Terengganu, dan Kuala Krai, Kelantan, bermula hari ini 20 Disember 2022 berikutan keadaan banjir di kawasan tersebut yang telah surut. Kedua-dua cawangan tersebut terpaksa ditutup untuk sementara waktu semalam berikutan banjir di beberapa kawasan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

 

KWSP ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan. Walaupun situasi banjir di daerah yang terkesan menunjukkan tanda pulih, KWSP ingin menasihati ahli untuk terus berhati-hati dan berwaspada.

 

Untuk penjelasan lanjut mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, ahli boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

 

Dikeluarkan oleh Media Desk KWSP
Jabatan Hal Ehwal Korporat
20 Disember 2022

 

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP® terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP® telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP® terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.