Kemaskini terakhir : 04/11/2020 6:10     

MAKLUMAN TERKINI MENGENAI WAKTU OPERASI CAWANGAN KWSP

KUALA LUMPUR, 4 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan waktu operasi terkini dan perkhidmatan yang disediakan di cawangan yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bermula Isnin, 9 November 2020:

A. Semua cawangan di Lembah Klang, kecuali KWSP Kajang, akan menyambung semula semua perkhidmatan dari jam 9 pagi hingga 2 petang sahaja.

B. KWSP Nilai dan Seremban akan menyambung semula semua perkhidmatan dari jam 9 pagi hingga 2 petang sahaja.

C. Cawangan di negeri Sabah and Wilayah Persekutuan Labuan akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 2 petang sahaja, dan ahli hanya boleh berurusan untuk perkhidmatan tertentu:

  • Pengeluaran Umur 50/55/60 Tahun
  • Pengesahan Cap Ibu Jari e-Pengeluaran


D. KWSP Kajang kekal tutup sehingga dimaklumkan kelak.

Ahli-ahli yang telah membuat janji temu untuk berurusan dengan cawangan KWSP Seremban di luar waktu operasi terkini diminta untuk menjadualkan semula melalui saluran Janji Temu Online www.kwsp.gov.my/janjitemu


Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para ahli, majikan, dan kakitangannya sentiasa terjaga, KWSP akan terus melaksanakan SOP berikut di semua cawangan dan pejabatnya:

A. Ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online;

B. Para majikan disarankan untuk menghubungi pegawai Khidmat Nasihat Majikan masing-masing untuk mendapatkan khidmat nasihat lanjut; dan

C. Ahli dan majikan disarankan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my

 

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat

4 November 2020

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.