Kemaskini terakhir : 11/03/2019 11:48     

Tiada Gangguan Ke Atas Operasi KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan bahawa kejadian kebakaran di cawangan Petaling Jaya adalah terkawal dan tiada sebarang kecederaan. Kerosakan adalah terhad kepada bahagian luaran bangunan serta beberapa kenderaan yang diletakkan di sebelah bangunan.

 

Laporan awal mengesahkan bahawa kebakaran telah bermula di tingkat satu bangunan lebih kurang 11.50 pagi dan berjaya dipadamkan dalam masa 30 minit berikutan tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat. KWSP akan menjalankan siasatan menyeluruh dan akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengenalpasti punca kejadian.

 

Semua sistem KWSP tidak terjejas dan operasi berjalan seperti biasa. Cawangan KWSP Petaling Jaya akan ditutup buat sementara waktu dan ahli boleh melakukan transaksi di mana-mana cawangan lain atau melalui i-Akaun.

 

KWSP memberi jaminan kepada ahli bahawa maklumat mereka berada dalam keadaan selamat kerana data server berada di lokasi yang selamat disokong oleh proses backup dan pemulihan bertaraf dunia.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 13 Februari 2018