Kemaskini terakhir : 16/10/2020 9:17     

Kenyataan Rasmi

KWSP dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa salah seorang anggota kami di cawangan KWSP Kota Kinabalu telah disahkan positif COVID-19 pada 14 Oktober 2020. Bagaimanapun, beliau tidak melaporkan diri untuk bertugas sejak 2 Oktober 2020. Kami juga turut mendoakan semoga anggota tersebut diberi kesembuhan serta keselamatan buat kita semua.

Cawangan KWSP Kota Kinabalu telah ditutup buat sementara waktu bermula pada 7 Oktober 2020 bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Proses sanitasi menyeluruh telah pun dilakukan di premis cawangan tersebut manakala pemantauan bersama  Kementerian Kesihatan Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara dibuat secara berterusan.

Ahli yang ingin mengunjungi mana-mana cawangan KWSP perlu membuat janji temu terlebih dahulu melalui kemudahan Janji Temu Online atau boleh memilih untuk melakukan transaksi secara dalam talian melalui portal i-Akaun bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

KWSP tetap komited untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua. Marilah kita bersama-sama membudayakan norma baharu dan mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa dan menghentikan rantaian COVID-19.