Bantuan RM2,500 Setiap 6 Bulan Kepada Semua Pemegang/Pencarum KWSP
Maklum Balas KWSP
Maklumat di atas yang disebarkan melalui emel, whatsapp dan facebook mengenai bantuan sebanyak RM2,500 daripada KWSP setiap enam bulan adalah tidak benar.
Untuk makluman, pihak KWSP menasihatkan supaya ahli serta masyarakat menghindar daripada menyebarkan maklumat yang tidak benar kerana ia merupakan satu kesalahan kerana mengelirukan orang awam. Sila rujuk maklumbalas KWSP mengenai maklumat palsu yang disebarkan melalui pautan berikut http://secure.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/general/chain-emails.
Adalah diberi peringatan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat termasuk laporan kepada pihak polis dan pihak berkuasa berkaitan kerana ia boleh mengelirukan ahli-ahli KWSP.
Dikeluarkan oleh:
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 31 Mac 2016