Kemaskini terakhir : 04/12/2019 12:13     

Penyenggaraan Perkhidmatan Dalam Talian KWSP Pada 7 Disember 2019 (Sabtu)

Satu aktiviti penyenggaraan akan diadakan pada 7 Disember 2019 (Sabtu) mulai jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam untuk menaik taraf perkhidmatan dalam talian kami. Antara perkhidmatan yang akan terjejas adalah akses kepada i-Akaun Ahli, i-Akaun Majikan, i-Akaun Rakan Niaga, i-Akaun Aplikasi Mobile, Kios dan i-Invest tidak dapat dibuat.

Perkhidmatan dijangka beroperasi seperti biasa selepas 9.00 malam pada hari yang sama.