Kemaskini terakhir : 16/12/2022 11:14     

SISTEM PERKHIDMATAN KWSP PULIH SEPENUHNYA

KUALA LUMPUR: 16 Disember 2022: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ia telah memulihkan sistemnya kepada perkhidmatan penuh selepas mengalami gangguan sementara pada semua salurannya, termasuk aplikasi i-Akaun KWSP.

 

Pembayaran bulan caruman semasa majikan (upah bulan November) dilanjutkan sehingga 30 Disember 2022, justeru tiada caj lewat bayar akan dikenakan bagi caruman upah bulan November yang dibayar kepada KWSP dalam tempoh lanjutan tersebut. KWSP juga memberi jaminan bahawa tiada data ahli, simpanan dan maklumat lain telah terjejas atau dikompromi semasa tempoh gangguan.

 

KWSP memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

 

Dikeluarkan oleh
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
16 Disember 2022