Kemaskini terakhir : 10/06/2019 5:45     

Kenyataan Mengenai Pelaburan Patuh Shariah KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan bahawa sebanyak 40% daripada jumlah keseluruhan aset pelaburan kami adalah patuh Shariah setakat 31 Disember 2015. KWSP telah mewujudkan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) sejak 2010 bagi menasihati KWSP berkenaan pelaburan patuh Shariah. Kami mensasarkan untuk memperkenalkan opsyen pelaburan patuh Shariah untuk ahli kami pada 2017 setelah memastikan jumlah aset patuh Shariah di dalam pasaran adalah mencukupi. Mengenai amalan pelaburan semasa KWSP, kami patuh pada garis panduan etika dan polisi pelaburan yang mencegah KWSP daripada melabur di dalam sektor yang menggalakkan perjudian, arak, peralatan ketenteraan dan hiburan dewasa.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Date: 21 Januari 2016