Kemaskini terakhir : 30/05/2021 7:02     

PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN KLUANG DAN KUALA TERENGGANU

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2021: Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kluang, Johor, dan Kuala Terengganu, Terengganu, akan ditutup buat sementara waktu mulai hari ini, 30 Mei 2021, hingga dimaklumkan kelak, setelah terdapat anggota di cawangan-cawangan tersebut didapati positif COVID-19.

Penutupan ini berikutan pematuhan kepada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi. Anggota KWSP tersebut kini sedang menjalani rawatan dan pemulihan, manakala pengesanan kontak sedang dilaksanakan.

Ahli-ahli adalah dinasihatkan untuk melaksanakan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online jika ada keperluan untuk hadir ke cawangan.

KWSP ingin mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kesefahaman para ahli pada tempoh ini akan usaha KWSP untuk memberi perkhidmatan yang terbaik melalui saluran fizikal dan elektronik. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Untuk maklumat lanjut, ahli-ahli boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03- 8922 6000 ataupun layari laman web KWSP.

 

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
30 Mei 2021

 

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.