Kemaskini terakhir : 10/06/2019 3:12     

Jawapan KWSP Mengenai Isu KWSP-BNM-FOREX

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memberi jaminan bahawa simpanan persaraan ahli diuruskan dengan selamat dan professional. Kami memandang serius artikel di laman media sosial yang mengaitkan KWSP dengan kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia 20 tahun lalu dan akan menyiasat perkara ini serta mengambil langkah yang sewajarnya.

 

Kami menegaskan bahawa KWSP sentiasa menjalankan tugas dengan penuh etika dan tanggungjawab serta memastikan semua keputusan pelaburan akan melalui proses penilaian risiko yang ketat dan dikawalselia oleh tadbir urus yang tinggi.

 

Ahli digalakkan untuk rujuk ‘Maklumat Palsu: KWSP Jawab’ di laman web KWSP www.kwsp.gov.my untuk mendapatkan sebarang kepastian terhadap mana-mana kenyataan mengenai KWSP. Ahli juga boleh menghantar pertanyaan menerusi 'Hubungi Kami' yang juga terletak pada laman utama.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Tarikh: 24 September 2017