Kemaskini terakhir : 10/06/2019 2:49     

Jawapan KWSP Mengenai Tuduhan Membeli Pesawat Untuk MAS

Dakwaan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membeli pesawat untuk Malaysia Airlines Berhad (MAS) yang disebarkan melalui artikel dalam laman sosial adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

 

KWSP memberi jaminan bahawa kami sentiasa menjalankan tugas dengan penuh etika dan tanggungjawab serta memastikan semua keputusan pelaburan akan melalui proses penilaian risiko yang ketat dan dikawalselia oleh tadbir urus yang tinggi.

 

Ahli digalakkan untuk rujuk ‘Maklumat Palsu: KWSP Jawab’ di laman web KWSP www.kwsp.gov.my untuk mendapatkan sebarang kepastian terhadap mana-mana kenyataan mengenai KWSP. Ahli juga boleh menghantar pertanyaan menerusi 'Hubungi Kami' yang juga terletak pada laman utama.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Tarikh: 24 September 2017