Jumlah Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP Di Seluruh Negara Dari 8 Sehingga 10 Ogos 2016
Berikut adalah statistik jumlah pendaftaran Simpanan Shariah Dari 8 Ogos sehingga 10 Ogos 2016:
Tarikh |
Jumlah Keseluruhan |
8/8/2016 |
41,583 |
9/8/2016 |
46,686 |
10/8/2016, setakat 4.45pm |
38,613 |
Kami menjangkakan bahawa jumlah pendaftaran kaunter sepanjang minggu ini masih tinggi, justeru itu kami masih mengira baki peruntukan dana berdasarkan data daripada kesemua cawangan.
Ahli dinasihatkan agar mengikuti laman Facebook KWSP dan Twitter untuk maklumat terkini tentang status cawangan sesak.
Dikeluarkan oleh:
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 10 Ogos 2016