Jumlah Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP di Seluruh Negara Sehingga 30 September 2016
Sebanyak 435,384 jumlah terkumpul pendaftaran Simpanan Shariah telah dicatat atau RM45.95 bilion daripada alokasi permulaan RM100 bilion untuk Simpanan Shariah 2017 telah digunakan sejak pendaftaran Simpanan Shariah dibuka pada 8 Ogos 2016.
Ahli yang ingin memilih Simpanan Shariah digalakkan untuk datang ke mana-mana kaunter KWSP di seluruh negara secepat mungkin untuk mengelakkan kesesakan pendaftaran saat akhir di bulan Disember. Tarikh tutup pendaftaran Simpanan Shariah 2017 adalah pada 23 Disember 2016 atau selagi alokasi dana RM100 bilion masih ada.
Dikeluarkan oleh:
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 10 Oktober 2016