Kemaskini terakhir : 10/06/2019 6:18     

Whatsapp Berantai Mengenai Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan

"Sesiapa yg bekerja atau dh berhenti kerja dan ada akaun epf, mulai hari ni kita boleh mengisi borang maklumbalas di website epf utk tentukan/had pengeluaran penuh pd umur 55 tahun. Kalau xder i-akaun lg sila pg ke mana2 kiosk epf atau kaunter epf dan register. Maklumbalas kita akan menentukan keputusan epf kwn2. Apa jadi kalau tak buat Kalau ramai yg xbuat, katalah yg buat tu dan pilih pengeluaran penuh cuma 40%, yg xbuat dn pilih apa2 60%, maka epf akan pilih usia 60tahun sbg pengeluaran."

 

Maklum balas KWSP

 

KWSP ingin menjelaskan dakwaan KWSP akan memilih 60% responden yang tidak menjawab kaji selidik (survey) tersebut sebagai hasil kajian adalah tidak benar. Ini kerana kaedah perundingan yang digunakan oleh KWSP adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada ahli mengenai Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP yang antaranya:-

 

  • Memberi pilihan terhadap penyelarasan umur Pengeluaran Penuh dengan Umur Persaraan Minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan. Tiada perubahan dibuat terhadap pengeluaran pra-persaraan sedia ada;
  • Penyelarasan amaun caruman minimum berdasarkan Gaji Minimum yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan;
  • Melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 sehingga 100 tahun; dan
  • Memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan sedia ada. Ahli boleh membuat pilihan untuk bertukar kepada simpanan persaraan patuh syariah apabila ia diperkenalkan kelak.

 

KWSP menggesa ahli menyertai kaji selidik yang diadakan kerana maklum balas yang diberikan dalam kaji selidik ini amat penting dalam menambah baik inisiatif penambahbaikan simpanan persaraan ahli secara keseluruhan.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 24 April 2015