Kemaskini terakhir : 15/11/2018 12:29     

Mesej WhatsApp - Insentif Warga Emas RM2,500 Adalah Palsu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum terhadap satu mesej audio Whatsapp yang mendakwa bahawa kerajaan menyediakan insentif sebanyak RM2,500 kepada warga emas berumur 55 dan 60 tahun, sekaligus menggesa ahli untuk mengeluarkan jumlah ini daripada akaun mereka. KWSP ingin menyatakan bahawa maklumat ini adalah palsu, dan insentif yang disebut di dalam mesej tersebut tidak wujud.

 

Ahli diminta supaya tidak terpengaruh dengan maklumat palsu dan mengelakkan daripada menyebarkan mesej tersebut. KWSP memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab ini yang sengaja mengelirukan orang ramai. Ahli digalakkan supaya mengunjungi laman web KWSP di new.epf.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 bagi mendapatkan maklumat sahih.

 

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 8 Mei 2018