Pastikan Anda Siasat Sebelum Percaya
Taktik penipuan licik yang melibatkan penggunaan letterhead KWSP oleh scammer kini semakin menular. Pastikan anda siasat sebelum percaya!
Semak maklumat sahih hanya melalui laman web rasmi atau di media sosial KWSP.
#KWSP
Penafian: Makluman ini diterbitkan dalam Bahasa Malaysia sahaja. Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Editorial and Media Relations KWSP.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.



