KERJAYA
Cetuskan perubahan
KWSP memupuk budaya kerja berteraskan kemahuan dan sifat ingin tahu yang tinggi dalam kalangan anggotanya. Ini diperkukuh dengan pelbagai peluang pembangunan kerjaya bagi membantu mereka membangun secara peribadi dan profesional.
Anggota KWSP datang dari pelbagai latar belakang dan mereka mempunyai minat dan daya pemikiran yang tinggi dalam mengharungi setiap cabaran yang membolehkan proses pembelajaran yang pantas. KWSP maklum bahawa setiap individu adalah unik, maka KWSP komited dalam membangunkan budaya terangkum agar setiap anggota boleh menjadi yang terbaik dalam bidang yang diterajui mereka.
KWSP mengiktiraf peranan setiap anggotanya, samada dalam bentuk tenaga kerja kepada organisasi atau tanggungjawab peribadi. Dengan mewujudkan persekitaran yang memupuk keseimbangan pekerjaan dan kehidupan, KWSP dapat mengekalkan tenaga kerja yang sihat dan produktif.
Cheong Mun Wai
Jabatan Penyelidikan Ekuiti
Akmanorlia Yahaya
People Matters Department
PROGRAM | LATIHAN AMALI | INTERNSHIP | PROTEGE |
---|---|---|---|
Deskripsi | Matlamat kami adalah untuk para pelatih melakar kejayaan sepanjang berada di KWSP. Program latihan amali yang ditawarkan ini adalah satu program yang komprehensif untuk memupuk rasa ingin tahu dan daya kreativiti pelatih untuk memberikan yang terbaik sepanjang tempoh latihan amali. Program ini juga merangkumi kolaborasi dalam pasukan and menyumbang ke arah pelaksanaan kerja secara efektif dan produktif | Semasa anda bersama kami sebagai pelatih, anda akan ditugaskan di bawah satu pasukan bagi menggalakkan anda sebagai individu yang inovatif dan membolehkan anada menjalani latihan yang dapat memberi perspektif kerja yang baharu. Di KWSP, kami menganggap pelatih internship sebagai nilai tambah kepada pasukan kami, dan kami akan memastikan anda akan menerima layanan dan sokongan terbaik daripada kami . Pasukan kami bersedia untuk mengajar, namun kami lebih teruja untuk mendengar idea-idea daripada anda | Kami mencari lepasan graduan yang berkeinginan tinggi untuk terlibat dalam bidang kerja dan objetktif organisasi ini; yang bersedia melalui pembelajaran berterusan dan menyumbang secara positif kepada organisasi. Dalam program ini juga, kami akan memastikan pelatih didedahkan dengan cabaran yang menarik, sesuai dengan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Pelatih dalam program ini akan diberi kepercayaan untuk bekerja dibawah pelbagai projek dengan bimbingan yang minimum |
Kelayakan | Pelajar Diploma/Sarjana Muda | Pelajar Sarjana Muda/Sarjana/PhD | Lepasan Sarjana Muda |
Tempoh | 2 hingga 6 bulan | 6 hingga 12 bulan | 6 bulan |
MOHON SEKARANG | MOHON SEKARANG | MOHON SEKARANG |
Hantar resume anda dan kami akan menghubungi anda jika terdapat sebarang pekerjaan yang sesuai.
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 69 dan ke atas, Firefox 61 dan ke atas, Safari 11 dan ke atas, Opera 54 dan ke atas, atau Edge 16 dan ke atas.
© KWSP 2022. Hakcipta Terpelihara