Kemaskini terakhir : 23 Ogos 2019    

age55-60

Apabila anda mencapai umur 55 tahun, secara rasminya anda memasuki umur persaraan. Setelah bertahun meningkatkan simpanan persaraan anda, anda kini mempunyai pilihan untuk menguruskan wang persaraan anda, sama ada dengan membuat pengeluaran penuh atau pengeluaran fleksibel.

Umur 60

Mengenai Pengeluaran Umur 55 Tahun

Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

Anggota Sektor Awam Di Bawah Skim Pencen Kerajaan

Sebelum anda memohon pengeluaran ini, anda dinasihatkan untuk memastikan pengembalian syer kerajaan telah dibuat kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan memohon pengiraan awal syer kerajaan (Pre-PEN). Ini bagi memastikan syer kerajaan dikembalikan kepada KWAP bagi pembayaran ganjaran dan pencen.

Pemohon berumur 55 tahun boleh memohon pengeluaran dan Pre-PEN secara serentak. Anda boleh mengeluarkan baki dalam Akaun 55 dan Akaun Emas selepas syer kerajaan dikembalikan.

Siapa Yang Boleh Memohon

Keperluan

Requirements

Warganegara dan Bukan Warganegara

Requirements

Berumur di antara 55 hingga sebelum mencapai umur 60 tahun

Requirements

Mempunyai simpanan dalam Akaun 55

Kategori

  • Pengeluaran Penuh
  • Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bayaran Bulanan
  • Pengeluaran Sebahagian
  • Bayaran Dividen Tahunan Secara Automatik
  • Pengeluaran Bayaran Bulanan

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

Kelayakan Pengeluaran Warganegara Bukan Warganegara
Menjadi Ahli Sebelum 1 Ogos 1998 Menjadi ahli pada/selepas 1 Ogos 1998
Semua simpanan dalam Akaun 55 Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 atau mempunyai status PR Menjadi ahli pada/selepas 1 Ogos 1998
Pengeluaran Sebahagian
(tiada had minimum pengeluaran)
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 atau mempunyai status PR Menjadi ahli pada/selepas 1 Ogos 1998
Pengeluaran Bayaran Bulanan
(Minimum RM100/bulan atau RM1,200/tahun untuk sekurang-kurangnya 12 bulan atau sehingga umur 100 tahun)
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 atau mempunyai status PR Menjadi ahli pada/selepas 1 Ogos 1998
Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bayaran Bulanan Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 atau mempunyai status PR Menjadi ahli pada/selepas 1 Ogos 1998
Pengeluaran Bayaran Dividen Tahunan Sahaja
Permohonan Bayaran Dividen Tahunan ke atas simpanan tahun sebelumnya secara sekaligus (lump sum)
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 atau mempunyai status PR Menjadi ahli pada/selepas 1 Ogos 1998
Pengeluaran Bayaran Dividen secara bulanan
Pengeluaran minimum RM600 (RM100 sebulan untuk sekurang-kurangnya 6 bulan)
Tempoh bayaran minimum 6 bulan dan maksimum 12 bulan
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 atau mempunyai status PR Menjadi ahli pada/selepas 1 Ogos 1998

Pengeluaran Umur 55  Tahun (Pelaburan)
•    Permohonan pada  bila-bila masa.
•    Jumlah pindahan  minimum RM1,000.00. 
•    Perlu mengekalkan  simpanan minimum RM1,000.00 dalam  Akaun 55.

Nota: Permohonan secara  dalam talian melalui i-Akaun  (Ahli).  Pindahan amaun pengeluaran daripada Akaun 55 hanya  dibenarkan kepada IPD  yang dilantik oleh KWSP.
 

Apa Yang Anda Perlukan

Dengan MyKad

  • MyKad
  • Sijil kelahiran/Surat pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di kad pengenalan tidak sama dengan tarikh sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun

*Ahli tidak perlu mengisi borang permohanan, hanya perlu menurunkan Cap Ibu Jari (CIJ) di atas 'Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran' sebagai bukti permohonan pengeluaran. 


Tanpa MyKad

  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
  • Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun

i-Akaun(Ahli)

  • Ahli mendaftar sebagai pengguna i-Akaun (Ahli)
  • Ahli mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar bagi penerimaan nombor TAC

Mengenai Pengeluaran Umur 60 Tahun

Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun. Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.

Anggota Sektor Awam Di Bawah Skim Pencen Kerajaan

Sebelum anda memohon pengeluaran ini, anda dinasihatkan untuk memastikan pengembalian syer kerajaan telah dibuat kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan memohon pengiraan awal syer kerajaan (Pre-PEN). Ini bagi memastikan syer kerajaan dikembalikan kepada KWAP bagi pembayaran ganjaran dan pencen.

Pemohon berumur 60 tahun boleh memohon pengeluaran dan Pre-PEN secara serentak. Anda boleh mengeluarkan baki dalam Akaun 55 dan Akaun Emas selepas syer kerajaan dikembalikan.

Siapa Yang Boleh Memohon

Requirements

Warganegara dan Bukan Warganegara

Requirements

Umur 60 tahun dan ke atas

Requirements

Mempunyai simpanan dalam KWSP

Kategori

  • Pengeluaran Penuh
  • Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bulanan
  • Pengeluaran Sebahagian
  • Bayaran Dividen Tahunan Secara Automatik
  • Pengeluaran Bayaran Bulanan

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

Kelayakan Pengeluaran Warganegara Bukan Warganegara
Menjadi Ahli Sebelum 1 Ogos 1998 Menjadi Ahli Pada/Selepas 1 Ogos 1998
Kesemua Simpanan daripada Akaun 55
Kesemua Simpanan daripada Akaun Emas
Pengeluaran Sebahagian
(tiada minimum had pengeluaran)
Pengeluaran Bayaran Bulanan
(Minimum RM100/bulan atau RM1,200/setahun sekurang-kurangnya 12 bulan atau sehingga umur 100 tahun
Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bayaran Bulanan
Pengeluaran Bayaran Dividen Tahunan Sahaja
Permohonan Bayaran Dividen Tahunan ke atas simpanan tahun sebelumnya secara sekaligus (lump sum)
Pengeluaran Bayaran Dividen secara bulanan
Pengeluaran minimum RM600 (RM100 sebulan untuk sekurang-kurangnya 6 bulan)
Tempoh bayaran minimum 6 bulan dan maksimum 12 bulan

Pengeluaran Umur 60  Tahun (Pelaburan)
•    Permohonan pada  bila-bila masa.
•    Jumlah pindahan  minimum RM1,000.00. 
•    Perlu mengekalkan  simpanan minimum RM1,000.00 dalam  Akaun 55 ( jika ada)/Akaun Emas.

Nota: Permohonan secara  dalam talian melalui i-Akaun  (Ahli). Pindahan amaun pengeluaran daripada Akaun 55 ( jika ada)/Akaun Emas hanya  dibenarkan kepada IPD  yang dilantik oleh KWSP.

Apa Yang Anda Perlukan

Dengan MyKad

  • MyKad
  • Sijil kelahiran/surat pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di kad pengenalan tidak sama dengan tarikh sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun

*Ahli tidak perlu mengisi borang permohanan, hanya perlu menurunkan Cap Ibu Jari (CIJ) di atas 'Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran' sebagai bukti permohonan pengeluaran.


Tanpa MyKad

  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
  • Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
  • Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir sebenar
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun

i-Akaun(Ahli)

  • Ahli mendaftar sebagai pengguna i-Akaun (Ahli)
  • Ahli mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar bagi penerimaan nombor TAC
  •   CARA PEMBAYARAN
    Bayaran Dalam Negara Bayaran Luar Negara
    Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
    Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank
    Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda
    Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan
    Anda akan diberi Cek Jurubank
    Jika bayaran ke akaun anda gagal
    Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar
    Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan
    Bayaran Pengeluaran Umur 55 tahun (Pelaburan) akan dikredit ke IPD  
  •   PERINGATAN PENTING

    1. Sahkan dokumen anda

    Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa

    (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

    ORANG YANG DIBERI KUASA

    2. Pastikan bank panel anda

    Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli

    BANK PANEL KWSP

    3. Hantar ke KWSP

    Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.

    CARI KWSP TERDEKAT
    MEL KE KWSP

    4. Perlukan maklumat lanjut?

    Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan

    MUAT TURUN RISALAH 55 TAHUN
    MUAT TURUN RISALAH 60 TAHUN
housing