Penentuan Tanggungan Mencarum
Terdapat tiga elemen utama dalam penentuan tanggungan mencarum kepada KWSP.
- Majikan
- Pekerja, Kontrak Perkhidmatan atau Perantisan
- Upah
Anda perlu berdaftar dengan KWSP jika memenuhi maksud kesemua elemen ini.
Apa Yang Anda Perlu Tahu
Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Majikan
Sebagai majikan, sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah untuk membuat bayaran caruman KWSP bagi pekerja anda, di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Anda perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP. Akses secara dalam talian (online) memudahkan lagi bayaran caruman KWSP.
Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991
Terdapat tiga elemen utama dalam penentuan tanggungan mencarum kepada KWSP.
Anda perlu berdaftar dengan KWSP jika memenuhi maksud kesemua elemen ini.
Majikan adalah pihak yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan atau perantisan.
yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang 'pekerja'
Sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan
yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua, Akta KWSP 1991
Bermaksud orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan yang perihalannya tidak dimasukkan di dalam Jadual Pertama, Akta KWSP 1991.
Maklumat Individu Yang Tidak Diwajibkan Mencarum Jadual Pertama, Akta KWSP 1991
Kontrak perkhidmatan atau perantisan boleh dibuat secara bertulis atau lisan, nyata atau tersirat.
“Kontrak Perkhidmatan” ialah satu perjanjian di mana seseorang bersetuju untuk mengambil bekerja seseorang lain sebagai pekerja dan orang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja.
“Kontrak Perantisan” ertinya sesuatu kontrak bertulis yang dibuat oleh seseorang dengan seorang majikan yang mengaku janji untuk mengambil kerja orang itu dan melatih atau menyebabkannya dilatih secara sistematik bagi sesuatu pekerjaan selama suatu tempoh tertentu yang diluluskan oleh majikan yang dalam perjalanan latihan itu perantis itu terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan itu. (Rujuk definisi Perantisan - Akta Kerja 1955)
Umur minimum: Umur pekerjaan adalah tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.
Umur maksimum: 75 Tahun
Orang-orang yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta KWSP 1991 adalah dikecualikan daripada mencarum seperti berikut:
Selain daripada orang-orang yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta KWSP 1991, seorang majikan hendaklah membayar caruman KWSP bagi mana-mana orang yang diambil untuk bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan.
Upah merupakan semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Akta KWSP 1991
Terdapat tujuh jenis bayaran yang dikecualikan daripada caruman KWSP.
Apa-apa bayaran yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja untuk kerja yang melebihi masa bekerja biasa pekerja tersebut dan termasuk apa-apa bayaran yang dibayar kepada pekerja bagi kerja yang dijalankan pada hari kelepasan dan hari rehat.
Apa-apa bayaran yang dibayar oleh majikan kepada pekerja atas sebab tamat tempoh perkhidmatan atau pemberhentian secara sukarela sebagai mengiktiraf perkhidmatan pekerja tersebut.
Apa-apa yang dibayar oleh pekerja kerana bersara samada secara wajib atau pilihan atau atas sebab-sebab kesihatan seperti yang dinyatakan di bawah perkhidmatan pekerja itu.
mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
|
"Faedah Persaraan" bermaksud apa-apa bayaran yang dibayar kepada pekerja kerana bersara sama ada secara wajib atau pilihan atau atas sebab-sebab kesihatan seperti yang dinyatakan di bawah kontrak perkhidmatan pekerja tersebut.
Majikan boleh dengan persetujuan pekerja, membuat pemindahan ke dalam akaun KWSP pekerja apa-apa wang dari skim atau rancangan persaraan yang berhubungan dengan pekerja tersebut. Pemindahan tersebut boleh dibuat melalui Borang KWSP 16F sebagai individu ataupun berkumpulan.
Istilah am untuk pemindahan wang Faedah Persaraan kepada KWSP adalah: -
Apa-apa yang dibayar oleh majikan kepada pekerja lanjutan dari pelaksanaan pengurangan, pemberhentian atau penamatan pekerja.
Apa-apa bayaran yang dibayar oleh majikan kepada pekerja untuk tujuan menampung perbelanjaan perjalanan dan pengangkutan.
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 69 dan ke atas, Firefox 61 dan ke atas, Safari 11 dan ke atas, Opera 54 dan ke atas, atau Edge 16 dan ke atas.
© KWSP 2022. Hakcipta Terpelihara