Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Keperluan
*Rumah kediaman - jenis banglo/ teres/ berkembar/ apartmen/ kondominium/ apartmen studio/ apartmen servis/ townhouse/ Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.
Bagi ahli yang membeli rumah kediaman jenis Small Office Home Office (SOHO) dikehendaki untuk membuat permohonan secara manual di kaunter KWSP.
Apa Yang Boleh Dikeluarkan
Pengeluaran Individu | Pengeluaran Bersama |
---|---|
Jumlah baki pinjaman perumahan
ATAU Kesemua simpanan di dalam Akaun Sejahtera |
Jumlah baki pinjaman perumahan
ATAU Kesemua simpanan di dalam Akaun Sejahtera pemohon |
*Jumlah bayaran bulanan maksimum kepada anda dan pemohon bersama (jika ada) tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan pinjaman perumahan.
- Pengeluaran terhad kepada satu rumah setiap ahli. Pengeluaran seterusnya hanya untuk rumah yang sama sahaja.
- Jika rumah dibiayai semula, baki pinjaman yang dikira berdasarkan bayaran pinjaman yang asal dari pemberi pinjaman pertama ATAU baki pinjaman terkini, yang mana lebih rendah. Jika lebih dari satu pemberi pinjaman terlibat, surat tebus hutang akan di banding dengan baki terkini bagi menentukan amaun yang layak dikeluarkan. Anda tidak layak memohon jika pinjaman asal telah selesai.
- Anda boleh membuat pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan pinjaman perumahan dan Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman secara serentak.
- Untuk pengeluaran berikutnya, anda boleh memohon seawal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahanyang terdahulu selesai.
- Anda boleh membuat pengeluaran dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula. Bagaimanapun bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuatkuasa.
- Jumlah pengeluaran akan diambil daripada Akaun Sejahtera dan akan dimasukkan ke dalam Akaun Khas untuk pembayaran pinjaman bulanan anda dan dividennya akan dikreditkan ke dalam Akaun Sejahtera anda selepas pengisytiharan dividen tahunan.
- Tempoh ansuran bulanan pinjaman perumahan tidak boleh melebihi umur 55 tahun.
- KWSP berhak untuk membatalkan pengeluaran bayaran bulanan jika pinjaman telah diselesaikan, rumah dijual/lelong/ hakmilik dipindah atau jika anda didapati bersalah menipu dengan menghantar maklumat/dokumen palsu.
- Bagi pinjaman perumahan tertunggak yang berstatus NPL dibenarkan untuk memohon pengeluaran ini dengan syarat bayaran bulanan akan di bayar terus ke akaun pinjaman perumahan.
Dokumen
- Borang KWSP 9P (AHL) (Bukan pemegang MyKad sahaja)
- Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/ 3 bulan(LPPSA) dari tarikh permohonan diterima)*
- Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja)
- Perjanjian Jual Beli/ Bukti Gadai/ Penyerahan Pemilikan (Borang Gadai & Surat Hakmilik) – jika maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.
- Buku bank atau salinan penyata akaun bank
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/ sekiranya pengesahan cap ibu jari gagal.
Pembatalan
Cara Bayaran
Kredit Terus
- Bayaran bulanan dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan/semasa anda
- Jika anda ada akaun simpanan yang aktif dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank
- Anda akan diberi cek jurubank jika bayaran ke akaun anda gagal
Cek Jurubank
- Bayaran bulanan akan di buat melalui cek jurubank kepada alamat pemberi pinjaman seperti yang tertera di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan
- Jika pinjaman anda berstatus pinjaman tidak berbayar (NPL)
Peringatan Penting
- Sahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP) - Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli - Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.Mel ke KWSP:
Jabatan Pengurusan Transaksi
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Menara KWSP
No.1 Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam,
Selangor. - Perlu maklumat lanjut?
Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan. - Peringatan
Kepada ahli yang mempunyai Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan yang masih aktif.
Sekiranya pengeluaran anda masih aktif, sila rujuk peringatan di bawah.
Frequently Asked Question
Mengapakah ahli masih perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) sedangkan permohonan dibuat secara online?
Tujuan ahli perlu hadir ke pejabat KWSP adalah untuk mengesahkan identiti pemohon bagi permohonan yang telah dihantar secara dalam talian.
Apa yang akan berlaku sekiranya ahli tidak hadir melakukan pengecaman Cap Ibu Jari?
Permohonan akan ditolak secara automatik jika ahli tidak hadir untuk pengesahan cap ibu jari (CIJ) di mana-mana pejabat KWSP dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) di kaunter?
- Dokumen pengenalan diri ahli yang asal bagi tujuan pengesahan identiti (MyKad/MyPR/KP Polis/KP Tentera).
- Dokumen sokongan - ahli akan dimaklumkan melalui peti masuk (inbox) di KWSP i-Akaun jika terdapat dokumen sokongan lain diperlukan.
Bagaimana cara ahli boleh menyemak status permohonan dan bayaran mereka?
- Menggunakan aplikasi atau web portal KWSP i-Akaun
- Mengunjungi mana-mana pejabat KWSP yang berdekatan
Di manakah pengecaman CIJ dan penyerahan dokumen sokongan boleh dilakukan?
- Ahli boleh membuat pengesahan cap ibu jari (CIJ) dan penyerahan dokumen di mana-mana pejabat KWSP berhampiran.
- Ahli juga boleh membuat pengesahan cap ibu jari (CIJ) di mana-mana Self-Service Terminal (SST) berdekatan sekiranya permohonan tidak memerlukan sebarang dokumen sokongan.
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda