Ingin membina kerjaya anda? Sertailah salah sebuah tabung persaraan terbesar di dunia. KWSP sentiasa berusaha membangunkan pasukan yang kukuh, terdiri daripada mereka yang  didorong sifat ingin tahu dan kreatif, yang menginginkan kerjaya bermatlamat dan bermakna di samping sentiasa  menyokong antara satu sama lain. KWSP menawarkan persekitaran pekerjaan yang bukan sahaja kondusif malah mencabar minda agar anggotanya dapat mencapai potensi mereka yang sebenar. 

Pelbagai peluang menanti anda

Wanita profesional berhijab dan berblazar tersenyum duduk dengan yakin di pejabat

Kembangkan Kerjaya Anda

KWSP memupuk budaya kerja berteraskan kemahuan dan sifat ingin tahu yang tinggi dalam kalangan anggotanya. Ini diperkukuh dengan pelbagai peluang pembangunan kerjaya bagi membantu mereka membangun secara peribadi dan profesional.
Empat profesional muda berbilang kaum berjalan dan tersenyum bersama di luar bandar

Jadi Diri Anda (Yang Terbaik)

Anggota KWSP datang dari pelbagai latar belakang dan mereka mempunyai minat dan daya pemikiran yang tinggi  dalam mengharungi setiap cabaran yang membolehkan  proses pembelajaran yang pantas. KWSP maklum bahawa setiap individu adalah unik, maka KWSP komited  dalam membangunkan budaya terangkum agar setiap anggota boleh menjadi yang terbaik dalam bidang yang diterajui mereka.
Tiga rakan sekerja bersantai di atas rumput, menggunakan set VR dan laptop di taman

Pekerjaan Dan Kehidupan

KWSP mengiktiraf peranan setiap anggotanya, samada dalam bentuk tenaga kerja kepada organisasi atau tanggungjawab peribadi. Dengan mewujudkan persekitaran yang memupuk keseimbangan pekerjaan dan kehidupan, KWSP dapat mengekalkan tenaga kerja yang sihat dan produktif.

KWSP terkenal secara global sebagai tempat terbaik untuk bekerja

Lencana anugerah GradMalaysia 2023 – Naib Johan Kedua 100 Majikan Graduan Terkemuka Malaysia
M100 Awards 2023                  2nd Runner Up                      (GLIC Category)
Logo lencana Graduan Brand Awards 2023 berwarna biru
Graduan Brand Awards 2023  2nd Runner Up          (Government Sector Category)
Logo lencana Graduan Brand Awards 2022 berwarna biru
Graduan Brand Awards 2022  1st Runner Up          (Government Sector Category)
Lencana emas Graduates' Choice Award – Jenama Majikan Terbaik
Graduate Choice of Employer Awards 2022                              1st Runner Up (GLC Category)
Lencana Pemenang LinkedIn Talent Awards 2022
LinkedIn Talent Awards - Best Talent Acquisition Team (Champion)
Logo anugerah HR Asia Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2019
HR Asia Best Companies To Work For In Asia 2019
Lencana anugerah GradMalaysia 2019 – 100 Majikan Graduan Terkemuka Malaysia
GradMalaysia 2019
Logo lencana Graduan Brand Awards 2018 berwarna biru
Graduan Brand Awards 2018
Lencana Ulang Tahun ke-10 GradMalaysia 2017 – 100 Majikan Graduan Terkemuka Malaysia
Malaysia's 100 Leading Graduate Employers Awards 2017
Universum 2017 Majikan Paling Menarik Malaysia – KWSP menduduki empat kategori pelajar
Universum Malaysia's Most Attractive Employers
Lencana Graduan Brand Awards 2017 dan 2016 merangkumi UK, Australia, Malaysia dan Kerajaan
Graduan Brand Awards 

Testimoni pekerja KWSP mengenai budaya kerja, pembelajaran, kerjasama dan fleksibiliti

Pengembaraan Anda Bermula Disini

Kami adalah pendengar, penyokong, mentor dan rakan anda. Kami melihat pelajar sebagai individu yang dapat menyumbang kepada organisasi kami. Misi kami adalah untuk membuka pintu KWSP kepada para pelajar dan graduan yang bersedia dan teruja untuk satu pengalaman yang mampu mengubah kehidupan mereka.

Program Latihan Amali Internship Protege

Cari peranan besar anda yang seterusnya

KWSP percaya bahawa kunci untuk menggalakkan budaya berinovasi dan mengutamakan pelanggan adalah penerimaan konsep kepelbagaian dalam organisasi - namun ini hanyalah permulaan. Sertai KWSP dalam usaha untuk mengembangkan organisasi ini, meningkatkan usahasama dan memacu KWSP ke arah organisasi dana persaraan terbesar di dunia. Jika aspirasi ini selari dengan impian anda, mungkin anda juga adalah salah seorang  calon terbaik untuk berkhidmat dengan KWSP.

Sila klik pautan di bawah untuk melihat kekosongan jawatan.

Logo LinkedIn