Aplikasi KWSP i-Akaun: Ciri-ciri & Faedah
The KWSP i-Akaun App
Fungsi Untuk Kemudahan Anda
Terokai Ciri Keselamatan KWSP i-Akaun
Terokai Ciri KWSP i-Akaun
Pengumuman
Soalan Lazim
Apakah itu aplikasi KWSP i-Akaun?
KWSP i-Akaun ialah aplikasi mudah alih daripada KWSP yang menyediakan pelbagai fungsi mesra pengguna untuk memudahkan ahli mengurus akaun KWSP mereka dengan lebih mudah dan efisien.
Apakah manfaat aplikasi KWSP i-Akaun?
Manfaat aplikasi KWSP i-Akaun adalah seperti berikut:
a. Menyemak simpanan KWSP dan memantau rekod caruman
b. Membuat penambahan simpanan
c. Menyemak kelayakan pengeluaran yang berkaitan
d. Mendapatkan pelan insurans atau takaful
e. Mengemaskini maklumat peribadi
f. Mendapatkan maklumat kesedaran kewangan
Bolehkah saya membuat penamaan melalui aplikasi KWSP i-Akaun?
Ya. Anda boleh membuat penamaan melalui aplikasi KWSP i-Akaun, walau bagaimanapun, anda dikehendaki untuk hadir ke Pejabat KWSP yang berdekatan bagi tujuan pengesahan cap ibu jari.
Bolehkah saya membuat permohonan pengeluaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun?
Ya, anda boleh mengemukakan permohonan pengeluaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Pada masa ini, perkhidmatan ini tersedia untuk jenis pengeluaran berikut:
a. Pengeluaran Umur 50 Tahun, Umur 55 Tahun, dan Umur 60 Tahun;
b. Pengeluaran Melebihi RM1 Juta+;
c. Pengeluaran Kesihatan;
d. Pengeluaran Pendidikan;
e. Pengeluaran Akaun Fleksibel; dan
f. Pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) melalui i-Lindung untuk diri sendiri, pasangan dan anak.
Kami akan memperluaskan ciri ini untuk menyediakan lebih banyak pilihan pengeluaran di masa hadapan, demi memberikan pengalaman yang lebih baik untuk anda.
Bolehkah saya mengakses platform i-Invest melalui aplikasi KWSP i-Akaun?
Boleh! i-Invest kini tersedia pada aplikasi KWSP i-Akaun dan portal web i-Akaun (Ahli).



