Dasar Privasi
Dasar Privasi
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil berat terhadap privasi anda. Notis Privasi ini menerangkan bagaimana KWSP memproses data peribadi anda dari mula kami mengumpul, mengguna, berkongsi, melupus dan langkah-langkah keselamatan yangtelah kami wujudkan bagi memastikan data peribadi anda dilindungi dengan sewajarnya.
Notis Privasi ini meliputi aktiviti pengumpulan data secara dalam talian dan luar talian, termasuk data peribadi yang dikumpul melalui platform dalam talian seperti laman web, aplikasi, rangkaian media sosial pihak ketiga, acara fizikal dan dalam talian, melalui pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami termasuklah rakan strategik kami, interaksi khidmat pelanggan, serta apa-apa saluran lain yang ditentukan oleh KWSP (selepas daripada ini dirujuk secara kolektif sebagai “Saluran”).
Bagi tujuan Notis ini, “pemprosesan” data peribadi mempunyai maksud sepertimana didefinisikan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), yang mana ianya termasuk penggunaan, pengumpulan, penyimpanan, penzahiran, akses dan pemindahan data peribadi.
Jenis Maklumat Yang Kami Kumpul
Data peribadi anda yang mungkin dikumpul dan diproses oleh KWSP adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada (selepas daripada ini dirujuk secara kolektif sebagai 'Data Peribadi'):-
Cara Kami Mengumpul Data
- Data yang diterima daripada platform yang direka untuk menguruskan hubungan dengan pihak berkepentingan dan saluran komunikasi.
- Data yang dikumpul daripada penyedia perkhidmatan lain atau organisasi pihak ketiga dan agensi yang diberi kuasa untuk menzahirkan dan berkongsi maklumat anda.
- Maklumat yang dikumpul semasa acara fizikal, jelajah (roadshow), soal selidik, atau pertemuan bersemuka.
- Data yang dirakam melalui kuki (cookies), alat analitik dan teknologi serupa yang digunakan pada platform digital kami termasuk tingkah laku semasa melayari laman web, penggunaan peranti dan interaksi dengan aplikasi.
- Data yang diperolehi daripada mana-mana sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang atau yang diperlukan bagi tujuan penyampaian perkhidmatan kami, penambahbaikan pengalaman pengguna, atau memenuhi pematuhankawal selia.
Bagaimana Kami Gunakan
Di mana berkenaan, kami akan memproses Data Peribadi dan maklumat anda bagi tujuan-tujuan berikut (selepas daripada ini dirujuk secara kolektif sebagai 'Tujuan') :-
- Untuk membantu penggunaan dan akses anda kepada Saluran;
- Untuk meminta maklum balas dan/atau menghubungi anda berkenaan penggunaan Saluran oleh anda;
- Menjalankan penyelidikan, soal selidik atau analisis bagi tujuan berkaitan pelaburan KWSP;
- Menjawab pertanyaan atau mengemukakan pertanyaan kepada anda;
- Menambah baik kualiti Saluran dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh KWSP;
- Untuk memberikan maklumat terkini dan menghantar notifikasi melalui emel, aplikasi mudah alih, rangkaian media sosial pihak ketiga, sistem pesanan ringkas atau saluran komunikasi lain;
- Menyesuaikan komunikasi untukperkhidmatan, kandungan dan cadangan kami berdasarkan pemilihan, tingkah laku dan sejarah keterlibatan anda;
- Menganalisis data bagi tujuan laporan, pandangan serta penambahbaikan berterusan berhubung perkhidmatan dan operasi kami;
- Apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, perintah dan/atau garis panduan.
- Apabila anda memberikan maklumat kepada kami, anda mengesahkan bahawa maklumat tersebut adalah tepat, lengkap, terkini dan benar. Sekiranya anda memberikan Data Peribadi individu lain, seperti tanggungan dan ahli keluarga anda atau mereka yang tidak berkeupayaan secara sah untuk memberikan persetujuan, anda mengakui dan memberi jaminan bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka untuk membenarkan kami memproses Data Peribadi mereka.
Di Mana Kami Simpan
Kami memproses Data Peribadi anda terutamanya di dalam Malaysia bagi memastikan ia disimpan dan diuruskan dengan selamat. Data Peribadi anda tidak akan dipindahkan ke luar Malaysia kecuali jika diperlukan untuk tujuan penyampaian perkhidmatan dan hanya dengan perlindungan yang mencukupi selaras dengan pematuhan kepada undang-undang yang berkaitan. Di mana berkenaan, data mungkin dihoskan di luar Malaysia dengan semua langkah keselamatan dan piawaian pematuhan yang diperlukan dilaksanakan secara ketat.Dengan Siapa Kami Kongsikan
Sila AMBIL PERHATIAN bahawa Data Peribadi tersebut mungkin akan diakses, dizahirkan, disalurkan dan dipindahkan kepada jabatan, cawangan, pejabat dan anak syarikat KWSP sedia ada atau akan datang, rakan niaga, penyedia perkhidmatan dan/atau mana-mana ejen pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran atau perkhidmatan lain kepada KWSP (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyedia perkhidmatan storan awan dan penyelenggaraan rekod), atau yang terlibat dalam sebarang urusan korporat yang dijalankan oleh KWSP, sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia, untuk dan berkenaan dengan Tujuan tersebut. Data Peribadi tersebut juga mungkin akan diakses, dizahirkan, disalurkan dan dipindahkan kepada penasihat profesional kami, termasuk penasihat undang-undang, juruaudit, akauntan dan perunding serta pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan serta mana-mana agensi atau jabatan kerajaan atau badan berkaitan bagi mematuhi keperluan statutori dan arahan kerajaan, perintah mahkamah atau proses undang-undang, atau jika dikehendaki oleh undang-undang atau untuk dan berkenaan dengan Tujuan tersebut.Keselamatan
- Data Peribadi anda diuruskan dengan pematuhan yang ketat kepada Akta dan peraturan berkaitan yang lain.
- Semua anggota KWSP telah dilatih dan dikehendaki mematuhi polisi perlindungan data yang ketat bagi memastikan tiada penyalahgunaan atau pengendalian yang tidak wajar terhadap Data Peribadi anda.
- Kami memeterai perjanjian yang mengikat dengan vendor sistem dan penyedia perkhidmatan bagi memastikan Data Peribadi anda diproses dengan selamat, digunakan hanya untuk tujuan yang dibenarkan, dan dilindungi daripada akses atau penzahiran yang tidak dibenarkan.
- Langkah keselamatan yang dipertingkatkan seperti encryption, firewall, dan pemantauan sistem secara berkala adalah dilaksanakan bagi mengelakkan pelanggaran atau akses tanpa kebenaran.
Pautan
Saluran kami mungkin mengandungi pautan ke laman web luaran atau pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi saluran pihak lain. Sekiranya anda memberikan Data Peribadi anda secara langsung kepada laman web tersebut, polisi perlindungan data peribadi yang tersedia di laman web berkenaan akan terpakai kepada pemprosesan data peribadi tersebut.Hak Privasi Anda
Membuat pembetulan, mengemas kini atau mengakses Data Peribadi anda melalui kaunter perkhidmatan kami, Terminal Layan Diri (SST), atau platform dalam talian termasuk portal web i-Akaun (Ahli) dan aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun.Sekiranya anda telah memberikan persetujuan kepada kami untuk memproses Data Peribadi anda, anda berhak untuk menarik balik persetujuan tersebut pada bila-bila masa. Ini termasuk jika anda ingin memilih untuk tidak menerima mesej pemasaran. Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang bahan pemasaran langsung atau material promosi daripada kami, sila klik di sini untuk berhenti melanggan.
Pindahan Notis
KWSP berhak untuk mengemas kini dan meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Sekiranya Notis ini disemak semula, pindaan tersebut akan dikemas kini pada halaman ini. Pindaan mungkin merangkumi perubahan kepada jenis maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan apa serta bagaimana maklumat tersebut dikongsi dengan pihak lain. Penggunaan berterusan Saluran selepas Notis yang disemak semula dipaparkan menandakan bahawa anda bersetuju dengan pindaan tersebut. Semua perubahan akan berkuat kuasa serta-merta selepas dipaparkan. Kami menggalakkan anda untuk merujuk kepada Notis ini secara berterusan agar anda memahami Notis Privasi kami yang terkini.Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. KWSP berhak untuk mengubah, mengemas kini atau meminda terma-terma di dalam Notis ini pada bila-bila masa melalui pemberitahuan kepada anda. Sekiranya anda terus berkomunikasi dengan KWSP atau terus menggunakan Saluran selepas sebarang pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan terhadap Notis ini, tindakan anda tersebut akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.
Privasi Anda
Halaman ini menerangkan Dasar Privasi kami, termasuk cara kami mengumpul, menggunakan dan melindungi sebarang data peribadi dan/atau maklumat yang dikemukakan oleh pelawat atau pengguna apabila mengakses laman web, WhatsApp, e-mel atau mana-mana aplikasi mudah alih yang dibangunkan dan diuruskan oleh KWSP.
Sekiranya anda memilih untuk berinteraksi dengan kami melalui laman web, WhatsApp, e-mel atau mana-mana aplikasi mudah alih yang dibangunkan atau diuruskan oleh kami, data peribadi yang anda berikan mungkin akan dikongsi dengan agensi Kerajaan yang berkaitan. Perkongsian ini hanya dilakukan bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan dengan lebih berkesan dan efektif, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pengendalian aduan yang memerlukan tindakan lanjut atau siasatan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Kami komited untuk melindungi privasi data anda dan akan memastikan segala data yang dikongsi dikendalikan secara selamat dan selaras dengan undang-undang serta dasar perlindungan data yang berkuat kuasa.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti dikumpul semasa anda melayari laman web kami, kecuali maklumat yang diberikan oleh anda apabila berinteraksi dengan kami melalui laman web, WhatsApp, e-mel atau mana-mana aplikasi mudah alih yang dibangunkan atau diuruskan oleh kami.
Apa Yang Berlaku Jika Saya Paut Ke Laman Web Lain Atau Aplikasi Pihak Ketiga?
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web lain atau aplikasi pihak ketiga. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja manakala apa-apa perkhidmatan melibatkan aplikasi pihak ketiga adalah tertakluk kepada Terma & Syarat dan Dasar Privasi masing-masing.
Sila ambil maklum bahawa laman web atau aplikasi pihak ketiga yang dipaut adalah tertakluk kepada Terma & Syarat dan Dasar Privasi masing-masing dan mungkin mengumpul metadata tertentu seperti nombor telefon, maklumat peranti dan corak penggunaan untuk tujuan operasi dan analisis, selaras dengan Terma Pemprosesan dasar privasi mereka sendiri. Anda dinasihatkan untuk menyemak dan memahami Terma & Syarat dan Dasar Privasi mereka sebelum melayari laman web, mengunakan aplikasi mereka atau memberikan sebarang maklumat peribadi.
KWSP tidak menyokong, mengesahkan atau bertanggungjawab terhadap kandungan dan amalan pengendalian data mana-mana laman web dan aplikasi pihak ketiga.
Perubahan Kepada Dasar Ini
Sebarang pindaan kepada dasar privasi ini akan dikemas kini di halaman ini.
Pengakuan Dan Persetujuan
Sekiranya anda ingin membuat sebarang pertanyaan, aduan atau permintaan untuk mengakses, membetulkan atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data (DPO) kami seperti berikut:
Pegawai Perlindungan Data
2. Jashirita binti Mohd Bashir
3. Mohd Ramadzan bin Mohd Tahir
4. Anizan bin Ahmad Shukori



