Terma & Syarat

Tarikh kemas kini: 14 Dis 2023

TERMA & SYARAT BERIKUT ("T&S") AKAN MENGAWALSELIA AKSES DAN PENGGUNAAN ANDA KE ATAS LAMAN WEB, APLIKASI MUDAH ALIH DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN SECARA DALAM TALIAN OLEH LEMBAGA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA.


DENGAN MENGAKSES LAMAN DAN/ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN, ANDA BERSETUJU UNTUK TERTAKLUK KEPADA T&S INI. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN T&S INI, ANDA HENDAKLAH BERHENTI DARIPADA MENGAKSES LAMAN INI.


DARI SEMASA KE SEMASA, KAMI MUNGKIN AKAN MENGEMASKINI T&S INI DAN KAMI AKAN MEMAPARKAN T&S YANG TELAH DIKEMASKINI DI LAMAN WEB. JIKA ANDA MEMILIH UNTUK TERUS MENGGUNAKAN LAMAN SELEPAS APA-APA PENGEMASKINIAN DIBUAT KE ATAS T&S INI, ANDA HENDAKLAH DIANGGAP TELAH BERSETUJU KEPADA T&S YANG DIKEMASKINI TERSEBUT.

 

1. DEFINISI

a.    Kod Akses    
Kata Laluan, ID Pengguna dan/atau maklumat pengesahan sulit lain yang diperlukan untuk mengakses i-Akaun dan/atau Perkhidmatan, sama ada dalam bentuk perkataan, kod, nombor, set aksara atau apa-apa bentuk atau kombinasi lain, seperti yang ditetapkan oleh KWSP dari semasa ke semasa.


b.    Pentadbir
Wakil yang diberi kuasa oleh Majikan atau Rakan Niaga untuk mengakses dan mengurus i-Akaun Majikan atau Rakan Niaga.


c.    Akaun Bank
Akaun milik Ahli dan/atau Majikan dengan bank masing-masing.


d.    Rakan Niaga
Mana-mana organisasi yang mempunyai akses ke i-Akaun (Rakan Niaga).


e.    Pelulus 
Wakil yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Majikan atau Rakan Niaga untuk mengesahkan dan/atau meluluskan transaksi perkhidmatan yang dilakukan oleh Penyedia. 


f.    Isi Kandungan
Maklumat, termasuklah tetapi tidak terhad kepada, maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti, data peribadi sensitif, bahan-bahan, laporan, rekod, logo, mesej teks, imej, banner, video, animasi dan rekabentuk sepertimana yang muncul atau dipaparkan di dalam Laman dan Perkhidmatan.


g.    Majikan 
Individu atau entiti yang ditakrifkan sebagai "majikan" di bawah Seksyen 2 Akta KWSP 1991. 


h.    KWSP
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta KWSP 1991.


i.    Akta KWSP 1991    
Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) dan sebarang pindaan ke atasnya dari semasa ke semasa.


j.    Kumpulan Wang     
Kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 24 Akta KWSP 1991.


k.    i-Akaun 
Akaun dalam talian yang tersedia setelah pengaktifan dilakukan oleh Ahli, Majikan dan/atau Rakan Niaga yang boleh diakses melalui Laman.


l.    Pengguna i-Akaun 
Ahli atau Majikan atau Rakan Niaga yang telah mengaktifkan i-Akaun dan log masuk ke dalam i-Akaun masing-masing di Laman.


m.    Penyedia    
Wakil yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Majikan atau Rakan Niaga untuk menyediakan transaksi dan/atau membekalkan maklumat tambahan untuk Perkhidmatan yang disediakan di dalam i-Akaun Majikan atau Rakan Niaga. 


n.    Ahli 
Individu yang telah mendaftar untuk menjadi ahli Kumpulan Wang.


o.    Aplikasi Mudah Alih 
Aplikasi perisian atau apps yang dimuat turun dan dipasang oleh Anda ke Peranti Mudah Alih untuk mengakses Perkhidmatan sepertimana yang diperuntukkan oleh KWSP dari semasa ke semasa.


p.    Peranti Mudah Alih 
Peranti mudah alih, telefon bimbit atau apa-apa peranti elektronik yang digunakan bagi tujuan mengakses Perkhidmatan dan/atau Isi Kandungan melalui Aplikasi Mudah Alih. 


q.    Kata Laluan 
Rentetan aksara sulit yang perlu dikunci masuk bagi pengesahan ID Pengguna Anda dan pemberian akses kepada i-Akaun Anda.

 

r.    ID Pengguna 
Aksara pengenalan yang digunakan bagi tujuan log masuk ke i-Akaun.


s.    Perkhidmatan 
Semua perkhidmatan dalam talian seperti mana yang tersedia dari semasa ke semasa di Laman.


t.    Laman
Laman Web dan/atau Aplikasi Mudah Alih KWSP.


u.    Rekod Transaksi    
Rekod berkaitan dengan pengemukaan butiran caruman bulanan KWSP oleh Majikan atau penyelesaian Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML) kepada pekerja Majikan tersebut yang sah dan pembayaran dibuat oleh Majikan di bawah Akta KWSP 1991.


v.    Laman Web 
URL KWSP: www.kwsp.gov.my
 

2. TERMA UMUM DAN PENERIMAAN

a.    Terma "Anda" hendaklah merujuk kepada pelawat dan Pengguna i-Akaun di Laman, mengikut yang mana berkenaan.


b.    Walau apa pun dan tanpa prejudis kepada keluasan makna T&S ini, Anda secara nyata bersetuju bahawa akses ke Laman dan/atau penggunaan Perkhidmatan oleh Anda adalah atas risiko Anda sendiri dan Anda, tanpa syarat, akan menanggung sepenuhnya semua risiko, sama ada bersampingan atau yang berpunca daripadanya.


c.    T&S ini adalah terpakai tanpa had atau pengecualian kepada akses dan penggunaan Perkhidmatan oleh Anda di Laman atau mana-mana bahagian darinya.


d.    Sekiranya terdapat percanggahan antara T&S versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, maka T&S versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.


e.    Anda bersetuju dan mengakui bahawa ciri-ciri dan fungsi Isi Kandungan dan/atau Perkhidmatan di Laman Web mungkin berbeza daripada Aplikasi Mudah Alih.


f.    Anda hendaklah memastikan bahawa akses dan/atau penggunaan Laman dan Perkhidmatan oleh Anda adalah melalui Laman yang sah dan tulen. Anda bersetuju bahawa KWSP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku disebabkan oleh Anda mengakses ke Laman dan/atau menggunakan akses yang dilarang dan/atau menggunakan Laman dan Perkhidmatan dengan apa-apa cara yang tidak dibenarkan.


g.    Anda bersetuju untuk menggunakan Kata Laluan yang kuat dan menjaga kerahsiaannya DAN bertanggungjawab terhadap apa-apa perkara yang berlaku terhadap i-Akaun Anda.

 

3. PERATURAN PENGGUNAAN

a.    Anda TIDAK boleh menggunakan Laman, Isi Kandungannya dan/atau Perkhidmatan melalui apa-apa cara yang mungkin menyebabkan pelanggaran T&S ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada:


i.    Memaparkan apa-apa kelakuan atau bahan yang menyalahi undang-undang, menyinggung perasaan, lucah, tidak senonoh, kurang sopan, memfitnah, menghasut, berbahasa kesat atau membenci, palsu, perkauman dan/atau yang boleh mengganggu, memberikan tekanan atau menyebabkan ketidakselesaan kepada sesiapa atau menceroboh privasi individu lain, mengandungi ancaman yang menyalahi undang-undang atau emel sampah, menggalakkan kelakuan yang disabitkan kesalahan, menimbulkan liabiliti sivil atau sebaliknya menyalahi mana-mana undang-undang atau peraturan tempatan, negeri, negara atau antarabangsa dan/atau penggunaan mana-mana bahan atau data dalam bentuk yang melanggar hak cipta, tanda dagang atau apa-apa harta intelek;


ii.    Menggunakan bahan-bahan yang tertakluk di bawah rahsia perdagangan tanpa kebenaran;


iii.    Menyamar sebagai mana-mana individu atau entiti termasuk namun tidak terhad kepada, pegawai atau hos KWSP dan/atau menyatakan secara palsu tentang hubungan Anda dengan individu atau entiti;


iv.    mengakses atau menggunakan data, sistem atau rangkaian sistem tanpa kebenaran termasuk apa-apa percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem;


v.    Mengawasi data atau trafik apa-apa sistem atau rangkaian sistem tanpa kebenaran;


vi.    Menggunakan atau memasang apa-apa virus, Trojan horse, time bomb, worm, cancelbot atau apa-apa cara yang boleh merosakkan, mengganggu, memintas atau merampas mana-mana sistem dan/atau mengganggu Perkhidmatan mana-mana pengguna, hos atau rangkaian sistem termasuk namun tidak terhad kepada mailbombing, flooding, database broadcast attacks atau meletakkan apa-apa beban tambahan yang tidak munasabah ke atas sistem KWSP;


vii.    Memintas apa-apa pengesahan pengguna atau keselamatan mana-mana hos, rangkaian atau akaun (pencerobohan atau penggodaman dan/atau cubaan untuk menceroboh dan/atau menggodam);


viii.    Menjual semula atau membekalkan Laman, Isi Kandungannya dan Perkhidmatan atau mana-mana bahagian daripadanya kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.


b.    Anda mengakui bahawa muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi Mudah Alih adalah atas risiko Anda sendiri dan muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi Mudah Alih adalah, pada setiap masa, tertakluk kepada terma tambahan seperti berikut: 


i.    Anda tidak akan menggunakan Aplikasi Mudah Alih bagi tujuan selain daripada Perkhidmatan atau yang ditentukan oleh KWSP;


ii.    Anda akan bertanggungjawab terhadap penggunaan Aplikasi Mudah Alih di dalam Peranti Mudah Alih Anda;


iii.    Anda tidak akan membenarkan atau membolehkan mana-mana individu mengakses Aplikasi Mudah Alih atau membiarkan Peranti Mudah Alih Anda tanpa pengawasan yang boleh menyebabkan individu lain mengakses Aplikasi Mudah Alih;


iv.    Anda tidak akan membuat salinan, menyusun semula, menterbalik atur, menyahhimpun dan cuba untuk mendapatkan kod sumber untuk mengubahsuai dan/atau mencipta hasil terbitan bagi Aplikasi Mudah Alih, pengemaskiniannya dan/atau mana-mana bahagian Aplikasi Mudah Alih.


v.    Anda dalam apa cara sekalipun tidak akan menggunakan Aplikasi Mudah Alih bagi tujuan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang, akta, peraturan atau undang-undang kecil bagi mana-mana bidang kuasa berkenaan;


vi.    Anda akan memuat turun Aplikasi Mudah Alih dari Apple App Store, Google Play, Huawei App Gallery atau kedai aplikasi lain yang dibenarkan oleh KWSP.


vii.    Anda tidak akan memasang atau menggunakan Aplikasi Mudah Alih pada peranti yang telah dioperasikan sebagai jail-broken atau rooted yang boleh menjejaskan ciri-ciri keselamatan Peranti Mudah Alih.


viii.    Anda bersetuju bahawa KWSP berhak untuk mengubahsuai, menukar, mengemaskini dan membezakan Aplikasi Mudah Alih pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab tanpa makluman kepada Anda.


ix.    Anda bersetuju bahawa KWSP tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan termasuk apa-apa kehilangan keuntungan, sama ada secara langsung, tidak langsung, teladan atau khas yang timbul dari kerosakan, corruption atau kegagalan Peranti Mudah Alih Anda.


c.    KWSP boleh, atas budi bicara mutlaknya, memadam atau meminda Laman, Isi Kandungan dan/atau Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

 

4. KERAHSIAAN MAKLUMAT

a.    Anda bersetuju bahawa Anda bertanggungjawab ke atas kerahsiaan dan penggunaan Kod Akses Anda dan Anda tidak akan, pada masa dan dalam keadaan apa pun, berkongsi, mendedahkan atau memberitahu Kod Akses Anda kepada sesiapa sahaja termasuk kakitangan KWSP.


b.    Anda mengakujanji untuk mematuhi semua langkah keselamatan yang ditetapkan oleh KWSP berkaitan dengan Kod Akses Anda atau secara umum dalam penggunaan Perkhidmatan.


c.    Dengan mengakses Laman, Isi Kandungannya dan/atau menggunakan Perkhidmatan, Anda bersetuju dan membenarkan KWSP untuk mengumpul, mengekalkan dan/atau mendedahkan Maklumat Anda atau apa-apa maklumat lain yang diberikan oleh Anda untuk keberkesanan Perkhidmatan.


d.    Apa-apa maklumat yang dikumpul, disimpan dan/atau didedahkan oleh KWSP akan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana perundangan, undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai dari semasa ke semasa.


e.    Anda bersetuju untuk menerima semua risiko yang berkaitan semasa menggunakan Perkhidmatan termasuklah kebarangkalian maklumat Anda diakses oleh pihak ketiga tanpa kebenaran dan Anda bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan KWSP terhadap: 


i.    akses yang tidak dibenarkan tersebut;
ii.    apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripada perkara tersebut.
f.    Anda mengakujanji untuk mematuhi semua langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan Kod Akses Anda.

 

“Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa melayari/menggunakan Laman Web dan Aplikasi KWSP i-Akaun kecuali data dan/atau maklumat peribadi yang diberikan oleh Anda sendiri, termasuk melalui e-mel, penggunaan i-Akaun dan/atau saluran pertanyaan.  Kami berkemungkinan akan menggunakan data dan/atau maklumat peribadi Anda untuk:-
(a) menjalankan kaji selidik atau survei pasaran dan/atau kepuasan bagi memastikan keberkesanan Perkhidmatan dan/atau tawaran produk dan skim yang relevan dan disesuaikan untuk Anda; dan
(b) menghantar maklumat, notifikasi dan/atau bahan pemasaran langsung atau promosi yang berkaitan atau tidak berkaitan dengan produk, skim dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami dan rakan niaga kami.

 

Dengan mengakses Laman Web dan Aplikasi KWSP i-Akaun, Isi Kandungannya dan/atau menggunakan Perkhidmatan, Anda bersetuju dan membenarkan KWSP untuk memproses, termasuk mengumpul, menyimpan, mengguna dan/atau menzahirkan maklumat mengenai Anda atau apa-apa maklumat lain yang diberikan oleh Anda, bagi (i) memastikan keberkesanan Perkhidmatan dan/atau produk dan skim; dan (ii) membolehkan KWSP dan/atau pihak ketiga yang dibenarkan menghantar Anda maklumat, notifikasi dan/atau bahan pemasaran langsung/promosi melalui emel, telekomunikasi atau apa-apa aplikasi komunikasi (panggilan telefon dan teks mesej) atau media sosial, berhubung produk/skim yang berkaitan atau tidak berkaitan dengan kami dan rakan niaga kami.

 

Sekiranya Anda tidak mahu menerima sebarang bahan pemasaran langsung atau promosi daripada kami, sila klik di sini.

 

5. ARAHAN

a.    Anda bersetuju bahawa apa-apa arahan yang diterima oleh KWSP daripada Anda setelah Anda berjaya log masuk ke i-Akaun adalah bermaksud Anda memberi kebenaran dan persetujuan kepada KWSP untuk bergantung dan bertindak atas arahan Anda.


b.    Anda hendaklah memberikan Maklumat yang benar, tepat dan lengkap apabila Anda memberi arahan kepada KWSP berhubung dengan Perkhidmatan. KWSP tidak akan bertanggungjawab untuk mengesahkan ketepatan atau kesahihan maklumat yang diberikan.


c.    Dengan menggunakan Laman, Anda bersetuju terhadap penggunaan kuki atau teknologi yang serupa (di sini dirujuk sebagai “kuki”) oleh KWSP dan KWSP boleh menggunakan kuki tersebut untuk melaksanakan pengesahan dan mengumpul maklumat tentang penggunaan Laman oleh Anda. 


d.    KWSP mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk tidak melaksanakan arahan Anda sekiranya KWSP berpandangan atau mempunyai sebarang sebab untuk mempercayai bahawa arahan tersebut adalah tidak selaras dengan mana-mana polisi, prosedur, undang-undang atau untuk apa-apa sebab lain sekalipun.

 

6. HAK PROPRIETARI DAN HARTA INTELEK

a.    Anda mengakui bahawa Isi Kandungan yang tersedia di Laman Web, Aplikasi Mudah Alih dan Perkhidmatan KWSP pada setiap masa adalah hak milik KWSP atau vendor pihak ketiga (yang mana berkenaan) dan dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan atau harta intelek dan hak proprietari lain.


b.    Akses Anda ke Laman dan penggunaan Perkhidmatan tidak memberikan Anda lesen atau hak untuk Anda menggunakan mana-mana Isi Kandungan atau tanda dagangan tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada KWSP atau pemilik pihak ketiga yang berkaitan dengan hak proprietari tersebut.

 

7. PINDAAN

KWSP berhak untuk mengemaskini, mengubahsuai atau menukar T&S ini dari semasa ke semasa. Semua pengemaskinian, pengubahsuaian dan/atau perubahan akan dipaparkan di Laman Web dan penggunaan berterusan oleh Anda di Laman dan/atau penggunaan Perkhidmatan selepas pengemaskinian, pengubahsuaian dan/atau perubahan tersebut akan dianggap sebagai pematuhan, persetujuan dan penerimaan Anda terhadapa T&S yang telah dikemaskini tersebut.

 

8. PAUTAN

a.    Pautan dari atau ke mana-mana laman web dan/atau aplikasi di luar Laman adalah bertujuan untuk kemudahan sahaja. Pautan laman web dan/atau aplikasi tersebut adalah dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan bukan di bawah kawalan KWSP.


b.    KWSP adalah tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan jaminan atau representasi mengenai kebolehbandingan, ketepatan, ketersediaan, kelengkapan, kesempurnaan, dan ketepatan masa berkaitan dengan kandungan laman web dan/atau aplikasi tersebut, pihak ketiga yang dinamakan di dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka.


c.    Pautan yang disediakan di dalam Laman dan/atau Perkhidmatan tidak boleh dianggap sebagai pengendorsan, pengesahan atau kelulusan laman web, aplikasi atau kandungannya oleh KWSP. Pautan ke laman web lain adalah atas risiko Anda sendiri dan KWSP tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian berkaitan dengan pautan tersebut.

 

9. PENGHANTARAN

a.    KWSP tidak menjamin bahawa mana-mana penghantaran yang dihantar kepada KWSP melalui Laman dan/atau Perkhidmatan adalah benar-benar selamat dan bebas daripada apa-apa kesalahan, kesilapan dan/atau kecacatan.


b.    KWSP tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kehilangan dan/atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana individu berhubung dengan penghantaran melalui Laman dan/atau Perkhidmatan. Mengambil kira sifat internet, penghantaran tersebut mungkin tertakluk kepada gangguan, penghantaran terputus, kelewatan penghantaran atau penghantaran data yang salah.


c.    KWSP tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan dalam kemudahan komunikasi yang boleh menjejaskan ketepatan dan masa penghantaran.

 

10. GANGGUAN SISTEM KOMPUTER

a.    KWSP tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan, data yang tertinggal atau kehilangan maklumat yang dihantar, jangkitan virus komputer atau apa-apa unsur pemusnah yang dihantar dan menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer dan/atau Peranti Mudah Alih Anda. 


b.    Anda adalah bertanggungjawab: 
i.    untuk memastikan sistem Komputer dan/atau peranti mudah alih Anda mempunyai perlindungan yang mencukupi dan mempunyai data dan/atau peralatan sandaran;
ii.    untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk mengimbas virus komputer atau unsur-unsur yang merosakkan.


c.    KWSP tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan, kebolehpakaian atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan Laman dan/atau Perkhidmatan.

 

11. CAJ/YURAN

Anda bersetuju dan mengakui bahawa KWSP mempunyai hak mutlak mengikut budi bicaranya untuk mengenakan caj atau fi bagi Perkhidmatan setelah memberikan makluman kepada Anda.

 

12. PENGENEPIAN

a.    Sekiranya KWSP gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah T&S ini atas apa jua sebab, KWSP tidak akan ditafsirkan sebagai mengenepikan haknya untuk menguatkuasakan peruntukan atau remedi tersebut atau mengenepikan haknya terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan atau berikutnya pada peruntukan atau remedi yang sama atau mana-mana peruntukan lain dalam T&S ini oleh Anda.


b.    Sekiranya mana-mana peruntukan di dalam T&S ini ditetapkan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang terpakai, maka peruntukan yang tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan tersebut adalah dianggap digantikan oleh peruntukan lain yang paling menepati tujuan peruntukan asal dan peruntukan-peruntukan lain di dalam T&S ini akan terus berkuat kuasa sepenuhnya.


c.    Mana-mana hak yang tidak diberikan secara nyata di dalam ini adalah terpelihara.

 

13. PENGECUALIAN LIABILITI

a.    KWSP dan/atau ejen-ejennya di sini hendaklah, dalam apa jua keadaan, tidak dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau apa-apa asas yang lain, termasuklah tanpa had, kerugian secara langsung atau tidak langsung, atau kerugian kepada keuntungan dan/atau simpanan yang timbul berhubung dengan akses, penggunaan atau ketidakupayaan untuk mengakses Laman dan/atau menggunakan Perkhidmatan (atau mana-mana pautan dari pihak ketiga dari atau ke Laman), kebergantungan pada maklumat yang terkandung di dalam Laman dan/atau penggunaan Perkhidmatan oleh Anda, apa-apa jenis kegagalan teknikal, perkakasan atau perisian, gangguan, kesilapan, data yang tertinggal, kelewatan dalam operasi, virus komputer, atau sebaliknya.


b.    Klausa pengecualian ini hendaklah berkuat kuasa sepenuhnya sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang.

 

14. PENAMATAN

KWSP berhak untuk menamatkan atau menggantung akses Anda ke Laman dan/atau penggunaan Perkhidmatan Anda pada bila-bila masa tanpa memberi makluman terlebih dahulu sekiranya Anda tidak mematuhi T&S ini, mengingkari hak KWSP atau pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga atau melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.

 

15. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

a.    T&S ini hendaklah, dalam semua niat dan tujuan, ditafsirkan selaras dengan dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia.


b.    Dengan mengakses Laman dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di sini, Anda dengan ini bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

 

16. NOTIS

Anda dengan ini membenarkan KWSP membuat makluman dan komunikasi dari semasa ke semasa yang berkaitan dengan Laman dan/atau Perkhidmatan dalam mana-mana satu daripada cara berikut:


a.    Melalui mel elektronik ke alamat emel terakhir Anda yang diketahui dalam rekod KWSP dan makluman itu akan dianggap telah diterima dalam masa dua puluh empat (24) jam selepas dihantar.


b.    Melalui mesej ke nombor telefon bimbit terakhir Anda yang diketahui seperti yang didaftarkan untuk Kod Pengesahan Transaksi (Transaction Authorisation Code atau TAC) dan makluman itu akan dianggap telah diterima dalam masa dua puluh empat (24) jam selepas dihantar.


c.    Melalui penyiaran mesej ke peti mesej i-Akaun Anda.


d.    Melalui penyiaran mesej ke Peranti Mudah Alih Anda menggunakan Pemberitahuan Notis Singkat (Push Notification).

 

17. MAKLUMAT AKAUN

a.    KWSP tidak menjamin ketepatan dan kesempurnaan apa-apa maklumat berkaitan Akaun atau transaksi Anda. Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan bahawa maklumat Akaun atau transaksi Anda Laman adalah betul, lengkap, tepat dan terkini. 


b.    KWSP tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa liabiliti, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa ganti rugi secara langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit, kerugian keuntungan yang dijangka atau apa-apa kerugian ekonomi lain yang timbul daripada, berkaitan dengan atau berhubung dengan maklumat yang terkandung di dalam Akaun Anda, penggunaannya atau kebergantungannya.


c.    Anda bersetuju bahawa maklumat yang berkaitan dengan Akaun atau transaksi Anda sepertimana yang dilaporkan melalui Perkhidmatan tidak akan, bagi apa-apa tujuan, diambil sebagai perkara muktamad mengenai status Akaun atau transaksi Anda.

 

18. CIRI-CIRI KESELAMATAN (HANYA TERPAKAI KEPADA i-AKAUN MAJIKAN DAN RAKAN NIAGA)

a.    Pentadbir boleh memilih untuk menggunakan ciri-ciri Penyedia dan Pelulus untuk Perkhidmatan. Pentadbir juga mempunyai kuasa untuk mendaftar mana-mana individu sebagai Penyedia dan Pelulus.


b.    Majikan dan Rakan Niaga hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi pelantikan Pentadbir, Penyedia dan Pelulus. KWSP adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan termasuk apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, punitif, teladan atau khas yang timbul daripada pelantikan Pentadbir, Penyedia dan Pelulus.


c.    Anda hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan sebarang maklumat yang dikemukakan untuk apa-apa tujuan melalui Laman adalah tepat, lengkap, terkini dan bebas daripada kesilapan. KWSP tidak memberi apa-apa jaminan terhadap ketepatan maklumat yang dikemukakan oleh Majikan melalui Laman dan tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa ketidaktepatan dan/atau kesilapan yang disebabkan oleh Majikan.


d.    Sekiranya Anda memilih untuk tidak menggunakan ciri-ciri Penyedia dan Pelulus, KWSP tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan sama ada secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripadanya.

 

19. PEMBAYARAN

(a)    Anda hendaklah memastikan bahawa terdapat dana yang mencukupi pada setiap masa di dalam Akaun Bank Anda untuk melaksanakan apa-apa transaksi pembayaran melalui i-Akaun. 


(b)    Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa transaksi yang dibuat oleh Anda berhubung dengan Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, Rekod Transaksi.


(c)    Bagi Majikan yang mempunyai aturan pembayaran dengan bank, Majikan adalah terikat dengan proses dan prosedur bank masing-masing.

 

20. INDEMNITI

Anda hendaklah menanggung sebarang kerugian dan akan menanggung rugi KWSP terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, kos, tuntutan, yuran (termasuk bayaran peguamcara atas dasar peguamcara dan anak guam) dan semua perbelanjaan yang timbul daripada pelanggaran ke atas mana-mana T&S ini disebabkan oleh ketidakpatuhan, ketidakakuran Anda, keengganan pengecualian tatacara dan prosedur dalam Laman dan/atau penggunaan Perkhidmatan, kecuaian dalam melaksanakan kewajipan Anda, pelanggaran mana-mana hak harta intelek di mana-mana bahagian di Laman dan/atau Perkhidmatan dan apa-apa liabiliti yang timbul daripada kecuaian melampau Anda atau salah laku secara sengaja atau dari ketidakpatuhan, ketidakakuran, keengganan dan pengecualian daripada langkah-langkah dan prosedur di Laman, kecederaan tubuh badan, kematian mana-mana individu atau kerosakan kepada mana-mana harta peribadi.

 

21. PENAFIAN

a.    Isi Kandungan yang disediakan oleh KWSP adalah berdasarkan kepada keadaan "sedia ada" dan "sebagaimana tersedia" dan adalah bersifat umum. Rujukan terhadap Isi Kandungan yang terkandung di Laman adalah termasuk bahan dan maklumat seperti yang disediakan oleh pihak ketiga. 


b.    KWSP tidak memberikan sebarang jaminan:
i.    berhubung kebenaran, ketepatan, kecukupan, kebolehpercayaan, kesempurnaan, kewajaran, atau ketepatan masa Isi Kandungan yang terdapat di dalam atau diakses melalui Laman dan secara jelas menafikan liabiliti terhadap apa-apa kesilapan atau perkara yang tertinggal daripadanya;
ii.    bahawa Isi Kandungan yang tersedia melalui Laman akan berfungsi tanpa sebarang gangguan atau bebas dari kesilapan, bahawa kecacatan akan dibetulkan, bahawa Laman Web, Aplikasi Mudah Alih dan pelayan adalah dan akan bebas dari semua virus dan/atau kod, program atau makro yang berniat jahat, boleh merosakkan atau bersifat koruptif.


c.    Tiada sebarang jaminan sama ada secara jelas, tersirat atau menurut undang-undang (termasuk tetapi tidak terhad kepada, jaminan hakmilik, kebolehjualan, kualiti memuaskan, ketiadaan pelanggaran hak milik intelektual pihak ketiga, kebolehpakaiannya untuk tujuan tertentu dan kebebasan daripada virus komputer), diberikan berkaitan dengan Isi Kandungan yang tersedia melalui Laman.


d.    Tiada dalam apa jua keadaan KWSP atau penyedia kandungan pihak ketiga akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerosakan, perbelanjaan, kos atau kerugian dalam apa jua bentuk (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerugian secara langsung atau tidak langsung, khas, kebetulan atau konsekuensial, kehilangan keuntungan atau peluang) yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada, atau berkaitan dengan Laman, atau kebergantungan kepada sebarang Isi Kandungan yang terdapat di dalam atau diakses melalui Laman.


e.    Di bawah keadaan apa pun, KWSP tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kegagalan prestasi, sistem, pelayan atau sambungan, gangguan, kecacatan, kesilapan, data yang tertinggal, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, pelanggaran keselamatan, kod berbahaya, virus komputer atau ketidakupayaan atau ketiadaan untuk menggunakan atau mengakses berkaitan dengan akses anda ke Laman Web ini, alat, dan/atau perkhidmatan dalam talian walaupun KWSP atau penyedia kandungan pihak ketiga telah diberitahu mengenai kebarangkalian tersebut.


f.    Bahan-bahan, maklumat, dan fungsi yang disediakan tidak akan, dalam apa-apa keadaan, dianggap atau ditafsirkan sebagai tawaran atau permohonan untuk menjual, membeli, memberi, menerima, mengeluarkan, mengalokasikan atau memindahkan, atau sebagai pemberian sebarang nasihat berkenaan dengan Perkhidmatan. Anda bertanggungjawab untuk menilai kualiti, kecukupan, kelengkapannya, keaktifannya dan kebergunaan Perkhidmatan, Isi Kandungan, dan maklumat lain yang diperoleh atau diakses melalui Laman. Selain itu, Anda hendaklah mendapatkan nasihat profesional dan pengesahan bebas mengenai bahan-bahan dan maklumat yang disediakan di Laman sebelum membuat sebarang pembelian, pengeluaran, pelaburan, atau keputusan komersial berdasarkan mana-mana Isi Kandungan atau maklumat tersebut.


g.    Anda tidak akan mempertanggungjawabkan KWSP terhadap apa-apa kerosakan termasuk kehilangan keuntungan, yang timbul secara berbangkit, kerugian tidak langsung, bersifat punitif, exemplari atau istimewa yang terhasil daripada sebarang maklumat yang digunakan/diperoleh dari Laman dan/atau bagi sebarang maklumat yang diserahkan/dihantar ke Laman dan/atau Perkhidmatan.