Purpose, Mission, Sustainability

Komitmen Kelestarian KWSP

Purpose Icon

Purpose

We build a better retirement future for Malaysia

Mission Icon

Mission

Helping members achieve a comfortable retirement income

Sustainability Icon

Sustainability Aspiration

Accelerating positive change for a sustainable future via a just transition

EPF Sustainable Investment Stewardship Policy
EPF Sustainability Commitments - Part 1 EPF Sustainability Commitments - Part 2 EPF Sustainability Commitments - Part 3
Penafian: Bahagian ini hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris.
Sustainable Investment Policies

Polisi-Polisi Pelaburan Lestari KWSP

EPF Sustainable Investment Policy

Polisi Pelaburan Lestari

Polisi Pelaburan Lestari KWSP ini menerangkan pendekatan menyeluruh KWSP terhadap pelaburan lestari dan penggabungan faktor-faktor kelestarian ke dalam proses pelaburan dan amalan pengawasan KWSP. Polisi ini membentuk sebahagian daripada strategi pelaburan KWSP yang telah disemak dan diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah.

EPF Priority Sectors Policy

Polisi Sektor Keutamaan

Polisi Sektor Keutamaan terdiri daripada beberapa polisi khusus yang merangkumi keperluan kelestarian bagi enam sektor iaitu: 1) Minyak Sawit, 2) Minyak dan Gas; 3) Perlombongan; 4) Utiliti; 5) Pembinaan; dan 6) Perbankan. Sektor-sektor ini dipilih berdasarkan pendedahan KWSP serta risiko kelestarian yang berkemungkinan berlaku dalam sektor-sektor berkenaan. Polisi ini bertujuan menangani isu-isu kelestarian yang material dan khusus kepada sektor-sektor tersebut, di luar skop Polisi Perubahan Iklim dan Polisi Kesejahteraan Pekerja. Syarikat-syarikat yang berada di bawah sektor keutamaan KWSP perlu merujuk kepada polisi sektor yang berkaitan seiring dengan Polisi Perubahan Iklim dan Polisi Kesejahteraan Pekerja, serta berusaha untuk memenuhi jangkaan dan keperluan yang dinyatakan dalam polisi-polisi tersebut.

EPF Priority Sectors Policy

Polisi Perubahan Iklim

Polisi Perubahan Iklim mengukuhkan komitmen KWSP dalam menyokong peralihan ke arah ekonomi rendah karbon yang teratur dan adil, selari dengan momentum pelabur global dalam mencapai sasaran karbon sifar bersih. Polisi yang telah dikemas kini ini mencerminkan perkembangan terkini dalam piawaian iklim, jangkaan pengawal selia, dan amalan terbaik pelabur. Ia merangkumi penjajaran yang lebih jelas terhadap sasaran sifar bersih, pengukuhan laluan penyahkarbonan portfolio, serta rangka tadbir urus dan akauntabiliti yang lebih teguh.

Antara ciri utama polisi ini ialah Kerangka Penjajaran Iklim KWSP, yang memperkenalkan 13 indikator berkaitan iklim merentasi lapan kriteria penjajaran. Kerangka ini menyediakan jangkaan yang kredibel dan pragmatik dalam menilai serta memacu penjajaran iklim portfolio pelaburan KWSP. Sehubungan itu, Klasifikasi Penjajaran syarikat pelaburan berdasarkan jangkaan ini secara langsung memaklumkan keutamaan libat urus dan strategi pengawasan KWSP, sekali gus membolehkan tindakan yang lebih bersasar dan pencapaian yang boleh diukur ke arah mencapai matlamat iklim.

EPF Priority Sectors Policy

Polisi Kesejahteraan Pekerja

Polisi Kesejahteraan Pekerja telah dirangka bagi menangani peningkatan kontroversi berkaitan isu hak pekerja dalam kalangan perniagaan, yang telah menarik perhatian dan pemantauan lebih ketat oleh pelbagai pihak berkepentingan. KWSP komited untuk memain peranan dalam menangani isu ini dengan menetapkan keperluan kelestarian terhadap syarikat penerima pelaburan bagi mengurus hal-hal berkaitan kebajikan pekerja.

EPF Priority Sectors Policy

Polisi Tadbir Urus Pelaburan Lestari

Polisi Tadbir Urus Pelaburan Lestari menggariskan proses dan panduan yang dipatuhi oleh KWSP dalam melaksanakan hak-hak sebagai pelabur bagi menggalakkan amalan kelestarian yang baik dalam kalangan syarikat penerima pelaburan serta pengurus dana luarannya.