Korporat: Pelaburan
Tarikh kemas kini: 22-01-2024
Pelaburan KWSP
KWSP menguruskan dana pelaburan berdasarkan dua objektif utama pelaburan jangka panjang iaitu untuk melindung nilai simpanan ahli; dan untuk memastikan pulangan yang stabil dan konsisten untuk jangka panjang berdasarkan had toleransi risiko. Dalam memastikan objektif ini tercapai, KWSP mempunyai dua sasaran strategik pelaburan - mengisytiharkan dividen nominal tahunan sekurang-kurangnya 2.50%; dan mengisytiharkan sekurang-kurangnya 2.00% dividen sebenar (inflasi terlaras) bagi purata tiga tahun bergerak.
Pelaburan KWSP
Bagi memastikan sasaran strategi pelaburan ini dicapai, strategi pelaburan KWSP adalah berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) bagi mengoptimumkan pulangan pelaburannya dalam lingkungan had toleransi risiko yang ditetapkan.