Tips Keselamatan Dalam Talian
Tips Keselamatan Dalam Talian
KWSP telah melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk memastikan sistem i-Akaun dan maklumat ahli dikawal sulit, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Antara langkah keselamatan yang dilaksanakan ialah piawaian penyulitan data 128-bit, penegasan bagi kombinasi abjad dan nombor dalam penggunaan kata laluan serta pengambilan/penjanaan Kod Pengaktifan secara terus oleh pemohon di SST, Pejabat KWSP atau Mobile KWSP.
ID pengguna (contoh: arni1983, norazimah, 15602332) dan katalaluan (contoh: Abcd1234, Malaysia!, 123456My) adalah kunci bagi maklumat akaun anda. ID pengguna dan kata laluan diperlukan untuk login ke i-Akaun. Kata laluan mestilah unik.
Antara langkah-langkah yang dapat membantu anda melindungi ID pengguna dan kata laluan adalah seperti berikut:
- Jangan dedahkan ID pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
- Jangan berikan ID pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
- Tukar kata laluan secara berkala
- Jangan gunakan fungsi "Remember Password", kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
- Keluar atau 'Log Out' dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun