Register As A Member PLP

Tarikh kemas kini: 30-01-2024

Daftar Sebagai Ahli

Simpanan KWSP memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan kewangan anda dengan memastikan pendekatan yang sistematik dalam membina dana persaraan selepas menamatkan perkhidmatan. Mendaftar sebagai ahli dan mencarum secara konsisten ke akaun simpanan merupakan langkah terbaik untuk mencapai masa depan yang sejahtera. KWSP komited untuk meningkatkan simpanan persaraan ahli-ahli dan akan terus berusaha menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk membantu anda menuju persaraan yang diimpikan.

Daftar Sebagai Ahli

Ketahui Bagaimana KWSP Boleh Membantu Anda Mencapai Persaraan Yang Selesa

Penerbit Aset

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Member - Overview - FAQ (BM)

Berapakah kadar dividen 2023 bagi Simpanan Konvensional (SK) dan Simpanan Shariah (SS)?

back chevron
  • Simpanan Konvensional (SK): 5.50%
  • Simpanan Shariah (SS): 5.40%

Berapakah kadar dividen yang telah diisytiharkan oleh KWSP mengikut tahun?

back chevron

Berapakah jumlah pembayaran dividen untuk tahun 2023?

back chevron
  • Jumlah pembayaran dividen untuk 2023 adalah RM57.81 bilion
  • Jumlah bayaran untuk SK: RM50.33 bilion
  • Jumlah bayaran untuk SS: RM7.48 bilion

Mengapa terdapat perbezaan antara kadar dividen Simpanan Konvensional (SK) dan Simpanan Shariah (SS)?

back chevron

Kedua-dua kadar dividen yang diisytiharkan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan tersebut. Walaupun Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional menerima pendapatan Shariah mengikut bahagian masing-masing, Simpanan Konvensional turut menikmati pendapatan daripada pelaburan dalam aset bukan Shariah.


Bagaimana kadar dividen KWSP berbeza dari yang diisytiharkan oleh dana-dana lain (LTAT, LTH, ASB dan Institusi Pengurusan Dana yang lain)?

back chevron

Polisi perakaunan yang diguna pakai dan kaedah pengiraan dividen KWSP adalah berbeza daripada institusi lain. Perbandingan terus/ langsung kadar dividen antara KWSP dengan dana-dana lain adalah perbandingan yang tidak setara (not apple-to-apple comparison) kerana objektif, strategi dan risiko pelaburan setiap dana adalah berbeza. KWSP adalah dana simpanan persaraan yang bertanggungjawab untuk kesejahteraan persaraan ahli.

Justeru itu, strategi pelaburan yang diamalkan KWSP adalah berhemah, dengan memberi lebih keutamaan kepada jaminan modal dan pulangan yang stabil untuk jangka masa yang panjang dan disokong oleh rangka pengurusan risiko pelaburan yang komprehensif. Kadar dividen KWSP yang mengatasi sasaran strategik untuk mengisytiharkan dividen sekurang-kurangnya 2 peratus melebihi kadar inflasi bagi purata 3 tahun bergerak adalah berpatutan dengan had toleransi risiko yang ditetapkan. Ahli yang telah menyimpan di KWSP sejak tiga tahun lalu telah menikmati pulangan dividen sebenar bagi purata tiga tahun bergerak, masing-masing pada kadar 3.51% (SS) dan 3.67% (SK).


Bolehkah ahli, tidak kira umur, membuat pengeluaran dividen dari simpanan mereka?

back chevron

Tidak, kerana tiada peruntukan di bawah Akta KWSP 1991 yang membenarkan pengeluaran dividen dibuat tanpa mengira had umur. Pilihan untuk membuat pengeluaran dividen hanya terpakai kepada ahli yang berumur 55 tahun ke atas dan memenuhi syarat-syarat kelayakan.


Bagaimana saya boleh semak sama ada dividen telah dikreditkan ke dalam akaun KWSP saya?

back chevron

Ahli boleh menyemak penyata KWSP masing-masing melalui i-Akaun, Kios KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP seluruh negara. Ahli juga boleh menyemak akaun KWSP menerusi aplikasi KWSP i-Akaun yang boleh dimuat turun melalui Google Play, Apple App Store atau Huawei App Gallery.


Bagaimanakah kadar dividen KWSP dikira?

back chevron

Dividen dikira berdasarkan kepada Modified Aggregate Daily Balance. Caruman bagi sesuatu bulan akan mendapat dividen mulai hari terakhir bagi bulan caruman sehingga 31 Disember 2023.

Berikut adalah contoh pengiraan Dividen Tahunan berdasarkan Aggregate Balance dengan contoh kadar dividen 5%:


Apakah yang dimaksudkan dengan kadar dividen nominal?

back chevron

Kadar dividen nominal adalah kadar yang diisytiharkan di mana ia digunakan di dalam pengiraan untuk pembayaran dividen ke dalam akaun ahli.


Berapakah dividen yang dijamin oleh KWSP?

back chevron

Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.

Walau bagaimanapun, bagi ahli yang memilih Simpanan Shariah, kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh shariah tanpa sebarang jaminan dividen minimum 2.5%.


Apa yang dimaksudkan dengan kadar dividen benar?

back chevron

Kadar dividen benar adalah kadar dividen nominal ditolak dengan kadar inflasi.


Siapa yang menentukan/ meluluskan kadar dividen?

back chevron

Kadar dividen dicadangkan oleh Pengurusan KWSP kepada Lembaga KWSP. Sesudah Lembaga KWSP memperakukan kadar dividen tersebut, kelulusan daripada Menteri Kewangan perlu diperolehi terlebih dulu sebelum ia diisytiharkan.


Kenapakah jumlah aset dan jumlah pelaburan berbeza?

back chevron

Jumlah aset adalah merangkumi aset tetap KWSP seperti bangunan pejabat dan kelengkapan pejabat KWSP. Manakala jumlah pelaburan adalah dana KWSP yang dilaburkan dalam semua instrumen pelaburan termasuk hartanah bagi mendapatkan pulangan ke atas pelaburan.