Bahagian Sumber Manusia bertanggungjawab untuk memacu dan menyediakan inisiatif-inisiatif berorientasikan modal insan untuk menyokong transformasi organisasi. Jabatan-jabatan di bawah Bahagian ini ialah People Matters Department dan EPF Learning Campus.

Jabatan People Matters 

Jabatan ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan Sumber Manusia yang efektif dan menghasilkan modal insan yang cekap. Ia juga bertindak sebagai rakan strategik untuk pembangunan organisasi melalui peningkatan peluang kerjaya dan kemahiran, penstrukturan pengurusan bakat dan perancangan penggantian, mengawal kos sumber manusia, mengoptimumkan tenaga kerja dan memupuk budaya yang berasaskan prestasi.

EPF Learning Campus

Fungsi utama EPF Learning Campus (ELC) adalah untuk merancang dan melaksanakan program latihan yang berkesan untuk memenuhi kompetensi profesional, fungsional dan kepimpinan kakitangan. ELC juga menawarkan pembelajaran alternatif melalui Pengurusan Pengetahuan dan kursus i‑Learning yang disokong oleh infrastruktur latihan komprehensif.