Sebagai majikan, anda perlu menghantar maklumat pekerja yang lengkap dan tepat, bagi membolehkan pihak KWSP mengkreditkan syer caruman mereka ke dalam akaun yang sepatutnya. Jika majikan membekalkan maklumat yang tidak lengkap atau maklumat yang tidak sepadan dengan rekod ahli yang didaftarkan di KWSP, amaun caruman tersebut secara automatik akan berada dalam Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML) dan tidak akan dikreditkan ke dalam akaun ahli.
Sebab-sebab CTML
  • Borang A tidak lengkap
  • Nombor ahli KWSP tidak tepat
  • Kesalahan ejaan nama ahli
  • Kesalahan 12-digit nombor kad pengenalan
Bagaimana Untuk Mengelak Berlakunya CTML
Pastikan anda menyemak dan memastikan ketepatan tiga maklumat berikut:
icon card
No. Ahli KWSP
icon card
Nombor Dokumen Pengenalan Diri
(Kad Pengenalan)
icon card
Nama dengan ejaan yang tepat seperti dalam dokumen pengenalan diri
Semakan CTML
Terdapat beberapa kaedah bagi anda membuat semakan dan menentukan jika caruman pekerja anda telah pun di alihkan bawah CTML:
  • Kemudahan e-CTML di dalam i-Akaun (Majikan)
  • Penyata Caruman Bulanan Majikan
    ATAU
    Senarai Penyata Majikan Elektronik
  • Borang KWSP 1314 

Tindakan Penyelesaian CTML

Majikan boleh menggunakan i-Akaun (Majikan) untuk menyelesaikan isu CTML serta memastikan caruman pekerja dapat dikreditkan kembali ke dalam akaun mereka.

eCTML

Tindakan Penyelesaian CTML

Majikan boleh menggunakan i-Akaun (Majikan) untuk menyelesaikan isu CTML serta memastikan caruman pekerja dapat dikreditkan kembali ke dalam akaun mereka.
Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Majikan - e-CTML

Apakah yang dimaksudkan dengan CTML?

back chevron

Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML) bermaksud caruman yang gagal dikreditkan kerana butiran ahli dalam Borang Caruman tidak betul atau/dan tidak lengkap berbanding dengan rekod KWSP.


Apakah e-CTML?

back chevron

e-CTML adalah kemudahan semakan dan penyelesaian CTML secara online melalui i-Akaun.


Apakah syarat utama penggunaan e-CTML?

back chevron

Syarat utama penggunaan e-CTML adalah berdaftar i-Akaun majikan.


Apakah kelebihan e-CTML kepada majikan?

back chevron

Kelebihan e-CTML kepada majikan adalah:

a. Transaksi boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana jua
b. Penyelesaian CTML cepat, tepat dan selamat
c. Semakan status transaksi secara online
d. Mesra pelanggan dan hassle free


Bolehkah majikan menyelesaikan sebahagian rekod CTML daripada jumlah rekod yang ada?

back chevron

Boleh.


Bagaimana e-CTML boleh diselesaikan oleh majikan?

back chevron

e-CTML boleh diselesaikan oleh majikan melalui dua peringkat kerja yang melibatkan Penyedia (Maker) dan Pelulus (Checker).


Siapakah yang berkuasa melantik Penyedia (Maker) dan Pelulus (Checker)?

back chevron

Majikan boleh melantik sesiapa sahaja sebagai pentadbir. Pada amnya peranan pentadbir dilaksanakan oleh wakil majikan yang menguruskan caruman KWSP. Pentadbir boleh melantik mana-mana individu sebagai Penyedia dan Pelulus.