Majikan: i-Akaun (Majikan)
Portal i-Akaun (Majikan) ialah portal transaksi dalam talian yang membolehkan majikan mengemukakan Borang A dan bayaran caruman, mengakses kemudahan atau sistem yang disediakan, serta menyemak maklumat akaun KWSP.
Kelebihan Portal i-Akaun (Majikan)
Kelebihan Portal i-Akaun (Majikan)
Notifikasi masa nyata & kawalan transaksi
Penerimaan notifikasi secara terus daripada KWSP serta kawalan keselamatan melalui aliran kelulusan yang ditetapkan.
Penerimaan notifikasi secara terus daripada KWSP serta kawalan keselamatan melalui aliran kelulusan yang ditetapkan.
Akses mudah kepada maklumat caruman
Semakan maklumat akaun, butiran caruman, caj lewat bayar/dividen, butiran ansuran, dan taksiran pada bila-bila masa.
Semakan maklumat akaun, butiran caruman, caj lewat bayar/dividen, butiran ansuran, dan taksiran pada bila-bila masa.
Penyimpanan rekod yang sistematik
Simpanan rekod transaksi secara teratur dengan kemudahan muat turun penyata serta resit bayaran rasmi.
Simpanan rekod transaksi secara teratur dengan kemudahan muat turun penyata serta resit bayaran rasmi.
Transaksi selamat & menjimatkan kos
Urusan dalam talian yang selamat dengan kos operasi yang lebih rendah.
Urusan dalam talian yang selamat dengan kos operasi yang lebih rendah.
Fungsi Utama
Portal i-Akaun (Majikan) menyediakan kemudahan berikut:
1. Pendaftaran ahli KWSP (pekerja baharu)
2. Pengurusan caruman & borang A
- Kemudahan penghantaran borang A dan pembayaran caruman secara bersepadu.
3. Perkhidmatan bayaran elektronik
Pembayaran melalui Perbankan Internet, Financial Process Exchange (FPX), dan Direct Debit Authorisation (DDA) bagi urusan berikut:
Pembayaran melalui Perbankan Internet, Financial Process Exchange (FPX), dan Direct Debit Authorisation (DDA) bagi urusan berikut:
- Bayaran caruman sahaja.
- Caj lewat bayar atau dividen sahaja.
- Bayaran caruman dan/atau caj lewat bayar/dividen berdasarkan pelan ansuran yang diluluskan.
- Taksiran caruman yang disediakan oleh Pegawai Perhubungan Khidmat Majikan (ERS).
4. Penghantaran butiran e-CTML
- Kemudahan penghantaran butiran caruman tidak lengkap secara terus melalui fungsi e-CTML.
5. Sistem e-Payroll
- Akses kepada sistem pengurusan penggajian, pengiraan caruman, dan urusan pembayaran pekerja.
6. Semakan rekod & status
Kemudahan semakan maklumat merangkumi:
Kemudahan semakan maklumat merangkumi:
- Butiran caruman pekerja (tahun semasa dan terdahulu).
- Butiran caj lewat bayar atau dividen bagi caruman tertunggak.
- Status pelan bayaran ansuran yang diluluskan KWSP.
- Taksiran caruman daripada Pegawai Perhubungan Khidmat Majikan (ERS).
7. Kalkulator & pengiraan caruman
- Kemudahan pengiraan dividen syer majikan Kerajaan serta pengiraan caruman dan caj lewat bayar/dividen melalui kalkulator disediakan.
8. Pengurusan i-Topup
- Urusan pendaftaran dan pembatalan i-Topup dalam talian.
9. Muat turun dokumen & notis
- Muat turun penyata caruman, resit bayaran, notis rasmi majikan, serta borang berkaitan pelan ansuran atau taksiran caruman.
10. Kemas kini profil majikan
- Kemudahan mengemas kini butiran maklumat majikan seperti alamat surat-menyurat dan maklumat perhubungan.
11. Notifikasi bersepadu
- Penerimaan makluman dan berita terkini daripada KWSP melalui paparan pop-up dan mesej peti masuk (Inbox)
Tetapan Aliran Kelulusan
- Penggunaan fungsi portal adalah tertakluk kepada tetapan Aliran Kelulusan, iaitu Aliran Tanpa Kelulusan atau Aliran Dengan Kelulusan (Penyedia/Pelulus). Tetapan ini menentukan peranan pengguna i‑Akaun (Majikan) sama ada sebagai Pentadbir, Penyedia, atau Pelulus.
- Aliran Dengan Kelulusan (Penyedia/Pelulus): Ciri keselamatan yang memperkenalkan kawalan kelulusan melalui aliran kerja dua peringkat. Peranan Penyedia dan Pelulus menyediakan mekanisme semak dan imbang bagi memastikan setiap penghantaran dalam talian adalah selamat.
- Aliran Tanpa Kelulusan: Membolehkan pengguna dengan peranan Pentadbir melaksanakan fungsi secara terus tanpa aliran kerja dua peringkat bagi urusan yang lebih pantas dan mudah.
Keperluan Akses
Untuk mengakses dan menggunakan portal i-Akaun (Majikan), majikan hendaklah:
Mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun (Majikan).
Memastikan sambungan internet yang stabil.
Menggunakan komputer atau tablet dengan mana-mana pelayar yang disokong seperti berikut:
- Chrome versi 69 atau lebih terkini
- Firefox versi 61 atau lebih terkini
- Safari versi 11 atau lebih terkini
- Edge versi 16 atau lebih terkini
Memenuhi keperluan bagi pembayaran Perbankan Internet, FPX atau DDA, bergantung pada mod pembayaran yang dipilih.
Panduan Pengguna
Tindakan Penyelesaian CTML
Majikan boleh menggunakan i-Akaun (Majikan) untuk menyelesaikan isu CTML serta memastikan caruman pekerja dapat dikreditkan kembali ke dalam akaun mereka.



