Tarikh: 24 Jun 2025
Amaran Scam - Jangan Terpedaya!

 

 

 

Pihak KWSP tidak melantik mana-mana syarikat persendirian, individu atau kredit komuniti untuk menawarkan skim pinjaman menggunakan nama dan logo KWSP.

Lindungi maklumat anda dan sentiasa semak kesahihan maklumat melalui laman web dan saluran media sosial rasmi KWSP.

#KWSP

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan tujuan untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.