Tarikh: 07 Mei 2026
Awas Penipuan Iklan Jawatan Kosong

 

 

 

Kebelakangan ini, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan iklan jawatan kosong palsu dengan menggunakan nama dan logo KWSP untuk memperdayakan orang ramai.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang iklan jawatan kosong, terutamanya yang diterima melalui WhatsApp atau media sosial, serta menyemak kesahihannya melalui saluran rasmi KWSP sebelum berkongsi sebarang maklumat peribadi. Ingat, perkongsian maklumat peribadi dengan pihak tidak bertanggungjawab boleh mendedahkan anda kepada risiko penipuan dan penyalahgunaan data.

#KWSP #KWSPAntiScam

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.