Cara Muat Turun Penyata KWSP Secara Online

Cara Mudah Untuk Semak & Muat Turun Penyata KWSP Secara Dalam Talian
Article Image

Anda boleh dapatkan penyata KWSP secara dalam talian melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli)

Penyata yang boleh dimuat turun adalah terhad kepada tempoh lima (5) tahun terkini sahaja. Sebagai contoh, sekiranya tahun semasa adalah 2025, hanya penyata bagi tahun 2021 hingga 2025 boleh diakses. 

Muat turun penyata KWSP melalui aplikasi KWSP i-Akaun

Proses muat turun penyata KWSP kini boleh dilakukan dengan lebih mudah — semuanya di hujung jari anda melalui aplikasi KWSP i-Akaun. 

Pastikan anda telah memuat turun dan log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun. Jika belum, klik butang di bawah untuk muat turun sekarang. 

Muat Turun Aplikasi KWSP i-Akaun

Setelah berjaya memuat turun aplikasi, masukkan kata laluan i-Akaun anda dan tekan ‘Log Masuk Sekarang’. Jika anda telah mengaktifkan log masuk secara biometrik, gunakan pilihan tersebut untuk akses yang lebih pantas. 
 

cara muat turun penyata kwsp aplikasi kwsp i akaun 1


Terdapat dua (2) cara untuk mengakses penyata melalui aplikasi KWSP i-Akaun, iaitu dari tab Laman Utama dan tab Simpanan.
 

Cara 1: Dari Tab Laman Utama

  1. Tekan ikon muat turun di bahagian ringkasan akaun pada laman utama aplikasi.
    cara muat turun penyata kwsp aplikasi kwsp i akaun 2
     
  2. Pilih tahun penyata yang anda inginkan dan tekan butang ‘Muat turun penyata’.
     
    cara muat turun penyata kwsp aplikasi kwsp i akaun 3
     
  3. Penyata akan dipaparkan dan boleh dimuat turun ke peranti anda dengan menekan ikon kongsi.
    cara muat turun penyata kwsp aplikasi kwsp i akaun 4


*Nota: Paparan mungkin berbeza untuk peranti iOS dan Android.

Cara 2: Dari Tab Simpanan

  1. Pergi ke tab ‘Simpanan’ pada menu utama aplikasi.
     
    cara muat turun penyata kwsp aplikasi kwsp i akaun 6
     
  2. Tekan ‘Lihat Butiran’ di bahagian ringkasan akaun.
     
    cara muat turun penyata kwsp aplikasi kwsp i akaun 7
     
  3. Laman butiran akaun akan dipaparkan. Seterusnya, tekan ikon muat turun.
    cara muat turun penyata kwsp aplikasi kwsp i akaun 8
     
  4. Pilih tahun penyata dan tekan butang ‘Muat turun penyata’.
     
    cara muat turun penyata kwsp aplikasi kwsp i akaun 9
     
  5. Penyata akan dipaparkan. Anda boleh muat turun penyata dengan menekan ikon kongsi.
    cara muat turun penyata kwsp aplikasi kwsp i akaun 10
     

Muat turun penyata KWSP melalui portal web i-Akaun (Ahli)

Kalau anda lebih selesa dengan paparan skrin yang besar seperti di komputer riba atau desktop — portal web i-Akaun (Ahli) ialah pilihan yang sesuai. 

Anda juga boleh mengaksesnya melalui mana-mana peranti lain seperti telefon pintar atau tablet. Antaramuka (interface) portal ini direka secara responsif, jadi paparan akan tetap kemas dan mudah digunakan, tidak kira saiz skrin. Semak atau muat turun penyata KWSP anda dengan selesa, di mana sahaja, bila-bila masa. 

  1. Layari portal web i-Akaun (Ahli):
    https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login
     
  2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan i-Akaun anda, kemudian klik ‘Log Masuk Sekarang’.
    cara muat turun penyata kwsp portal web i akaun ahli 1
     
  3. Pada laman utama, klik ikon muat turun di bahagian ringkasan akaun.
    cara muat turun penyata kwsp portal web i akaun ahli 2
     
  4. Pilih tahun penyata dan klik 'Muat turun’.
    cara muat turun penyata kwsp portal web i akaun ahli 3
     
  5. Penyata akan dipaparkan. Seterusnya, klik ikon muat turun untuk memuat turun penyata ke peranti anda.
    cara muat turun penyata kwsp portal web i akaun ahli 4

Apa itu penyata KWSP?

Penyata KWSP ialah dokumen rasmi yang memaparkan status simpanan persaraan anda bersama KWSP. Ia mengandungi maklumat terperinci seperti baki akaun, jumlah caruman, dividen yang diterima, dan sebarang pengeluaran yang telah dibuat. 

Maklumat penting yang terkandung dalam penyata ini termasuk:

  • Maklumat peribadi dan keahlian – nama, nombor ahli KWSP, nombor pengenalan diri, nombor majikan, jenis akaun (Simpanan Konvensional atau Simpanan Shariah), alamat surat-menyurat dan tarikh cetakan penyata. 
  • Baki simpanan – merangkumi baki pembuka dan baki akhir setakat 31 Disember bagi tahun-tahun sebelumnya. Bagi tahun semasa, baki akhir menunjukkan bulan terkini yang tersedia dalam penyata.
  • Dividen tahunan – jumlah dividen yang  diisytiharkan bagi tahun sebelumnya dan dikreditkan ke dalam akaun anda pada tahun semasa.
  • Caruman tahunan – jumlah caruman tahunan  yang dimasukkan ke dalam akaun KWSP anda, termasuk daripada majikan, diri sendiri (sebagai pekerja atau individu bekerja sendiri), serta caruman sukarela tambahan lain. 
  • Pecahan simpanan – baki simpanan dalam akaun KWSP anda, (iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel untuk ahli berumur bawah 55 tahun, serta Akaun 55 dan Akaun Emas untuk ahli berumur 55 tahun ke atas).
  • Maklumat pengeluaran – merangkumi jumlah, tarikh, dan jenis pengeluaran yang dibuat, seperti pengeluaran untuk pendidikan, perumahan, kesihatan, Haji, pengeluaran persaraan pada umur 50, 55, atau 60 tahun, serta pengeluaran Akaun Fleksibel (jika ada). 
  • Pelarasan dan caruman tertunggak – jika berlaku sebarang perubahan atau kelewatan bayaran oleh majikan. 
  • Tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah – tarikh bermulanya pengurusan dan pelaburan simpanan KWSP anda mengikut prinsip shariah, berkuat kuasa pada 1hb bulan berikutnya selepas tarikh membuat pilihan, tertakluk kepada tempoh tangguh selama tujuh (7) hari.

Kenapa penting untuk semak penyata KWSP?

Penyata ini membantu anda untuk:

  • Memantau simpanan KWSP anda dan melihat perkembangan simpanan ke arah matlamat persaraan.
  • Merancang kewangan dan strategi persaraan dengan lebih yakin
  • Memastikan caruman oleh majikan dibuat dengan betul dan tepat pada waktunya
  • Bertindak lebih awal jika ada sebarang kesilapan atau kelewatan bayaran
     

Bagaimana jika saya baru nak mendaftar sebagai ahli KWSP?

Sekiranya anda baru hendak mendaftar sebagai ahli, klik di sini untuk maklumat lanjut tentang proses pendaftaran dan klik di sini untuk ketahui cara memulakan simpanan masa depan anda.

Baca juga: Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Secara Online
 

Adakah terdapat cara lain untuk dapatkan penyata KWSP?

Selain secara dalam talian, anda juga boleh mendapatkan penyata KWSP melalui beberapa cara lain:
 

  1. Self-Service Terminal (SST)
    Imbas MyKad atau MyPR dan sahkan cap ibu jari anda di SST untuk membuat permintaan penyata dengan serta-merta. Penyata akan dihantar ke alamat e-mel yang telah didaftarkan. Pastikan alamat e-mel anda betul dan terkini. Jika belum dikemas kini, anda boleh terus mengemaskininya di SST.
     
  2. Pejabat KWSP
    Kunjungi mana-mana pejabat KWSP berhampiran dan semak penyata anda di kaunter. Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri untuk tujuan pengesahan identiti. 
     

Bagaimana jika saya ingin dapatkan penyata yang melebihi tempoh 6 tahun?

Jika anda memerlukan penyata KWSP melebihi tempoh 6 tahun, anda perlu membuat permohonan secara bersemuka di pejabat KWSP terdekat dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan dokumen pengenalan diri (MyKad/ MyPR/ Pasport)
  • Dokumen sokongan daripada agensi/pihak ketiga  yang menerangkan dengan jelas keperluan penyata ahli diperlukan, seperti surat daripada LHDN, SOCSO, Perintah Mahkamah atau dokumen rasmi lain yang berkaitan

Menyemak penyata KWSP adalah langkah penting dalam merancang kewangan dan persaraan anda. Dengan pelbagai saluran yang disediakan, anda boleh semak dan muat turun penyata KWSP dengan mudah, pantas dan selamat. Pastikan anda sentiasa memantau simpanan persaraan anda untuk masa depan yang lebih terjamin. 

back chevron