KWSP Umum Pemenang Anugerah Pengurus Dana Luaran KWSP 2021

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2022: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan sebanyak 22 anugerah telah disampaikan kepada pemenang pengurus dana luaran sebagai pengiktirafan kepada prestasi mereka dalam menguruskan portfolio pelaburan KWSP pada tahun 2021. Anugerah Pengurus Dana Luaran KWSP ini yang telah memasuki tahun ke-20, meraikan dan mengiktiraf pencapaian barisan pengurus dana luaran KWSP mengikut mandat masing-masing yang dinilai berdasarkan beberapa set metrik kuantitatif.
Sehingga 31 Disember 2021, sebanyak RM167.63 billion telah disalurkan kepada pengurus dana luaran, meningkat sebanyak lapan (8) peratus, berbanding RM155.18 bilion pada ahkir 2020. Peruntukan ini, yang dilaburkan dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap, mewakili 16.66 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP.
Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, “Barisan pengurus dana luar KWSP menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2021 dan memberikan keputusan yang membanggakan selaras dengan objektif dan jangkaan KWSP untuk tahun tersebut. Pengurus dana telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi aset KWSP, dan seiring dengan pertumbuhan saiz dana KWSP, ia akan meneruskan strategi kepelbagaian ini dan memanfaatkan kemahiran mereka yang melengkapkan keupayaan pengurusan dana dalaman KWSP sendiri.”
Bagi tahun kewangan berakhir 2021, KWSP mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus dengan pembayaran RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvensional, dan 5.65 peratus dengan pembayaran RM6.27 bilion untuk Simpanan Shariah. Secara kumulatif, jumlah pembayaran untuk 2021 ialah RM56.72 bilion.
Pada Mac 2022, KWSP telah melancarkan Polisi Pelaburan Mampan KWSP, Polisi Isu Keutamaan dan Polisi Sektor Keutamaan untuk membimbing KWSP dalam membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum dan holistik dengan mengintegrasikan faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam proses pengurusan pelaburannya.
Acara tersebut juga menyaksikan 16 pengurus dana luaran KWSP menandatangani Ikrar Pelaburan Mampan sebagai tanda komitmen mereka terhadap penerapan ESG ke dalam keputusan pelaburan mereka.
“Sesuai dengan kedudukan KWSP sebagai dana persaraan yang mempunyai objektif dan aspirasi jangka panjang, amat penting bagi KWSP untuk menggabungkan faktor ESG ke dalam penilaian prestasi dan amalan perniagaan syarikat pelaburan dan pengurus dana luarannya. Rangka kerja Pelaburan Mampan KWSP akan menjadi asas kepada sesi libat urus dalam membincangkan, menilai, dan mengurus risiko ESG, serta memanfaatkan peluang penambahan nilai.
“KWSP meletakkan piawaian yang tinggi ke atas prestasi dan ingin menyampaikan penghargaan kepada semua pengurus dana ke atas prestasi mereka yang cemerlang tahun lepas yang telah menyumbang kepada kejayaan KWSP dan seterusnya kepada kesejahteraan ahli KWSP,” tambah Tan Sri Ahmad Badri.
Senarai pemenang-pemenang Anugerah Pengurus Dana Luaran KWSP 2021 adalah seperti di Lampiran 1.
Dikeluarkan oleh Media Desk KWSP
Jabatan Hal Ehwal Korporat
27 Jun 2022
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. |
LAMPIRAN 1
ANUGERAH PENGURUS DANA LUARAN KWSP 2021
KATEGORI 1: PENGANUGERAHAN PENGURUS DANA LUARAN KWSP BAGI MANDAT EKUITI
NO. | ANUGERAH | PEMENANG |
---|---|---|
1 | Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for MSCI Ethical Asia (ex-Japan ex-Malaysia) 2021 | Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd |
2 | Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for MSCI Shariah Asia (ex-Japan ex Malaysia) 2021 | Nomura Islamic Asset Management Sdn Bhd |
3 | Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for FTSE Ethical World Developed 2021 | BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn Bhd |
4 | Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for FTSE Shariah World Developed 2021 | BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd |
5 | Best 3-Year ROI Domestic Equity Fund Manager (Conventional) 2021 | Franklin Templeton Asset Management (Malaysia) Sdn Bhd |
6 | Best 3-Year ROI Domestic Equity Fund Manager (Shariah) 2021 | AIIMAN Asset Management Sdn Bhd |
7 | Best International Equity Fund Manager for FTSE Asean All Shares Ethical Index ex Malaysia 2021 | Franklin Templeton Asset Management (Malaysia) Sdn Bhd |
8 | Best International Equity Fund Manager for MSCI Ethical Asia (ex-Japan ex-Malaysia) 2021 | Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd |
9 | Best International Equity Fund Manager for MSCI Shariah Asia (ex-Japan ex-Malaysia) 2021 | Nomura Islamic Asset Management Sdn Bhd |
10 | Best International Equity Fund Manager for FTSE Ethical World Developed 2021 | BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn Bhd |
11 | Best International Equity Fund Manager for FTSE Shariah World Developed 2021 | BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd |
12 | Best Domestic Equity Fund Manager (Shariah) 2021 | AIIMAN Asset Management Sdn Bhd |
KATEGORI 2: PENGANUGERAHAN PENGURUS DANA LUARAN KWSP BAGI MANDAT PENDAPATAN TETAP
NO. | ANUGERAH | PEMENANG |
---|---|---|
1 | Best 3-Year ROI Global Bond Fund Manager 2021 | Amundi Malaysia Sdn Bhd |
2 | Best 3-Year ROI Global Sukuk Fund Manager 2021 | BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd |
3 | Best 3-Year ROI Global Emerging Market Debt Fund Manager 2021 | Amundi Malaysia Sdn Bhd |
4 | Best 3-Year ROI Domestic Fixed Income Fund Manager 2021 | RHB Asset Management Sdn Bhd |
5 | Best 3-Year ROI Domestic Sukuk Fund Manager 2021 | BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd |
6 | Best Global Bond Fund Manager 2021 | Amundi Malaysia Sdn Bhd |
7 | Best Global Sukuk Fund Manager 2021 | BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd |
8 | Best Global Emerging Market Debt Fund Manager 2021 | Amundi Malaysia Sdn Bhd |
9 | Best Domestic Fixed Income Fund Manager 2021 | AmFunds Management Berhad |
10 | Best Domestic Sukuk Fund Manager 2021 | Nomura Islamic Asset Management Sdn Bhd |