KWSP Buka Cawangan Baharu Di Kwasa Damansara
KUALA LUMPUR, 4 Julai 2022: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pembukaan cawangan baharunya, KWSP Cawangan Kwasa Damansara yang terletak di Menara KWSP di Persiaran Kwasa Utama, Kwasa Damansara. Pejabat baharu ini melengkapkan rangkaian cawangan KWSP di Shah Alam serta menawarkan perkhidmatan kepada ahli dan majikan bagi urusan berkaitan pendaftaran, penamaan, pengeluaran serta khidmat nasihat persaraan.
Pejabat KWSP Cawangan Kwasa Damansara ini dibuka setiap hari Isnin sehingga Jumaat, bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Waktu operasi kaunter di cawangan bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang, Isnin sehingga Jumaat. Berikut adalah alamat penuh pejabat cawangan:
Tingkat Bawah, Menara KWSP,
Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 6122 6000
Faks: +603 8922 6222
KWSP kini mengendalikan sejumlah 68 cawangan di keseluruhan enam wilayah utama di Malaysia. Ahli dinasihatkan untuk rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau kunjungi mana-mana kaunter KWSP di seluruh negara untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan KWSP.
Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
4 Julai 2022
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.