Tarikh: 12 Feb 2026
Gangguan Sementara Pemprosesan Gaji Melalui e-Payroll

Fungsi pemprosesan gaji melalui e-Payroll tidak tersedia buat sementara waktu sejak 9 Februari 2026 (Isnin) bagi tujuan penyelenggaraan sistem. Gangguan ini hanya melibatkan sebahagian majikan dan tidak menjejaskan semua pengguna e-Payroll.

Kami amat menghargai kesabaran dan kerjasama anda sepanjang tempoh ini.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan tujuan untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.