Tarikh: 09 Okt 2024
Sertai Kami Untuk Hari Bertemu Pelanggan KWSP Teluk Intan

KWSP Teluk Intan akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada hari Ahad, 13 Oktober 2024, dari 9:00 pagi hingga 1:00 petang. 

Semua pelanggan di kawasan sekitar yang ingin berurusan dengan KWSP dan mendapatkan khidmat nasihat persaraan dan kewangan dijemput hadir.

Antara perkhidmatan yang disediakan:

  • Kaunter Perkhidmatan (Untuk semua urusan Pengeluaran, Pendaftaran dan Penerimaan bayaran melalui Terminal bayaran)
  • Perkhidmatan eCorner
  • Perkhidmatan SST
  • Kaunter Penguatkuasaan
  • Semua urusan berkaitan Penguatkuasaan  KWSP
  • Seksyen Pengurusan Operasi
  • Khidmat Nasihat - Relationship Advisory (RA/RE)

Lokasi Pejabat KWSP Teluk Intan:

No. 23, Lorong Perwira M1/38, 
Taman Nanas, Jalan Changkat Jong, 
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Untuk peta lokasi, klik di sini.

Jumpa anda di sana!

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.