Jangan Mudah Percaya Dan Terpedaya!

Taktik Scammer baharu yang menggunakan identiti KWSP semakin berleluasa.
KWSP tidak pernah mengenakan sebarang caj perkhidmatan, melantik mana-mana ejen bagi memproses permohonan pengeluaran, atau menerima permohonan pengeluaran melalui saluran tidak rasmi.
Segala permohonan pengeluaran hendaklah dikemukakan secara terus ke KWSP melalui saluran rasmi permohonan pengeluaran KWSP sahaja.
Keselamatan akaun dan maklumat peribadi anda akan terjejas apabila anda berurusan dengan pihak ketiga yang tidak rasmi.
Sentiasa semak dengan teliti setiap maklumat yang anda terima, dan rujuk hanya melalui laman web dan saluran media sosial rasmi KWSP.
#KWSP
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.