Protect yourself. Don’t be a scam victim.

Amalkan 3S: ‘Soal, Sekat, Sebar’ sekiranya anda menerima panggilan daripada pihak yang tidak dikenali.
- Soal – Soal setiap perkara yang meragukan dan mempunyai tanda-tanda amaran. Sahkan identiti pemanggil.
- Sekat – Sekat diri daripada melakukan langkah seterusnya jika berasa curiga. Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi atau bank anda melalui telefon. Matikan panggilan serta-merta.
- Sebar – Sebarkan maklumat kepada rakan dan keluarga, termasuk melaporkan kepada pihak berkenaan jika tidak pasti atau terdapat transaksi yang mencurigakan.
Segera hubungi talian khusus (hotline) bank anda atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika anda menjadi mangsa scam kewangan. Ikuti laman Facebook Amaran Scam dan layari laman web Financial Fraud Alert untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai scam kewangan.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.