Tarikh: 23 Mei 2026
Amaran Penipuan Skim Pelaburan

 

 

 

Terdapat sebuah video iklan berkaitan program “Pendapatan Tambahan” yang telah tular di media sosial dan mendakwa mempunyai kerjasama dengan KWSP.

KWSP ingin menegaskan bahawa:

  • KWSP tidak memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk menawarkan skim pelaburan. Sebarang pelaburan hanya boleh dibuat melalui Skim Pelaburan Ahli melalui platform i-Invest di aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli), serta institusi yang sah dan diluluskan.
  • Pihak tidak bertanggungjawab sering menyalahgunakan nama dan logo KWSP bagi mengelirukan orang ramai serta memberi gambaran bahawa kandungan tersebut merupakan kandungan rasmi KWSP. 

Semua ahli dinasihatkan supaya:

  • Tidak mempercayai atau menyebarkan kandungan tersebut.
  • Tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi atau sulit.
  • Mendapatkan maklumat hanya melalui laman web dan saluran media sosial rasmi KWSP.

#KWSP

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.