Tarikh: 12 Feb 2026
Awas! Penyamaran Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP

 

 

 

Dalam dunia digital hari ini, scammer semakin licik dalam menipu anda termasuk menyamar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP untuk kelihatan rasmi. Ingat:

❌ Jangan terpedaya dengan scammer yang menyamar.
❌ Jangan klik pautan daripada nombor yang tidak dikenali.
❌ Jangan kongsi maklumat peribadi atau kewangan anda.

Jika anda menjadi mangsa penipuan, jangan panik dan ikuti tiga langkah mudah ini:

✅ Laporkan kepada National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997.
✅ Maklumkan kepada pihak bank.
✅ Buat laporan kepada pihak polis.

Semua urusan KWSP hanya boleh dilakukan melalui saluran rasmi. Dapatkan info yang sahih melalui laman web dan media sosial rasmi KWSP.

#KWSP #KWSPAntiScam

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.