Fungsi Pengeluaran Perumahan Di Aplikasi KWSP i-Akaun Ditutup Sementara
KWSP sedang mengalami gangguan sistem sementara seperti berikut:
Tamat: Isnin, 6 Oktober 2025
Perkhidmatan Yang Terjejas:
Fungsi Pengeluaran Perumahan (Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan) melalui aplikasi KWSP i-Akaun.
Tamat: Isnin, 6 Oktober 2025
Perkhidmatan Yang Terjejas:
Fungsi Pengeluaran Perumahan (Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan) melalui aplikasi KWSP i-Akaun.
Sepanjang tempoh ini, ahli dinasihatkan untuk melakukan transaksi Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan & Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan melalui portal web i-Akaun (Ahli).
Kami amat menghargai kesabaran anda dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan tujuan untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.



