Penyelenggaraan Sistem Pada 20 Jun 2026
Perkhidmatan dalam talian KWSP akan tergendala buat sementara waktu pada tarikh dan masa yang dinyatakan di bawah bagi tujuan penyelenggaraan sistem berjadual:
Tamat: 6.00 pagi | Sabtu, 20 Jun 2026
Perkhidmatan Terkesan:
- Aplikasi KWSP i-Akaun & Portal Web i-Akaun (Ahli)
- i-Invest
- i-Lindung
- i-Akaun (Majikan)
- e-Payroll
- Pendaftaran Majikan Dalam Talian (ROB & ROC)
- i-Akaun (Rakan Niaga)
- Self-Service Terminal (SST)
Perkhidmatan ini dijangka akan kembali beroperasi seperti biasa selepas tempoh penyelenggaraan selesai. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan tujuan untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.



